” Alahai ger4mnya tengok pipi labuh Ainul ni.. ” – Netizen

Ahmad Safiudin Kongsi Video Dan Gambar Terbaru Ainul Mardhiah. Pipi Ainul Yang Semakin Tembam Jadi Perhatian Netizen. Alololo.. Siap Pakai Turban Lagi, Kenapa Comel Sangat Ni Ainul !!

Ainul Mardhiah mula menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia kerana kisahnya yang tular tahun lalu. Siapa yang mengikuti kisah Aunul ini pasti tahu perjalanan cerita sejak Ainul sak1t sehinggalah Ainul selamat menjalani pembed4han di London. Semuanya ini menjadi sejarah dan kenangan indah buat Ainul dan keluarganya.

Kini Ainul semakin hari semakin membesar dengan sihat. Banyak perubahan dan tindakbalas positif yang ditunjukkan oleh Ainul. Perubahan ini bukan sahaja memberi kegembiraan buat ibu dan ayah Ainul malah berita baik buat seluruh rakyat Malaysia.

Ainul yang semakin comel dan tembam ini sentiasa dikongsikan ceritanya di laman sosial Instagram bapanya Ahmad Safiudin dan ibunya Nurul Erwani. Perkongsian mereka mengenai perkembangan Ainul sangat dinanti-nantikan. Bukan sahaja perkembangan, malah tumbesaran dan gelagat Ainul juga jadi tumpuan.

Menerusi akaun Instagram, Ahmad Safiudin telah memuat naik beberapa posting terbarunya. Posting tersebut termasuklah, video Ainul dan beberapa gambar terbaru Ainul. Video tersebut memaparkan Ainul yang sedang cuba bercakap dengan ayahnya. Kelihatan Ainul semakin tembam dan semakin bijak memahami.

Jom lihat gambar terbaru Ainul di bawah ini :

 (Klik butang KANAN >  untuk melihat gambar yang seterusnya..  )

View this post on Instagram

Ainul Mardhiah

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Ini pula posting berbentuk video  yang dikongsikan oleh Ahmad Safiuddin. Jom tonton !!

View this post on Instagram

Ada yang rindu ainul ke? 😁

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Entri tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Mereka memuji kecomelan Ainul dan ada juga menyatakan Ainul kelihatan semakin tembam. Ini antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah syukur Princess Ainul nmpk makin sihat, Tembamnya Ainul, comel pakai turbun ni.. “

” Comel laa adik Ainul nii dan smkin pintar, msti adiknya sm,  tak sbr nk tgt gmbr adik ainul jga adiknya.. “

” Tambah comel tambah chubby kak Ainul ni, alhamdulillah.. “

” Alolo omeynya dia. Lengan tu dah berkatam dah aumm.. “

” Geramnya lahai tengok pipi labuh ainul sayang, makin comey dia ni.. “

Alhamdulillah, makin hari makin comel Ainul ni kan. Melihat Ainul sebegini buat ramai yang ger4m. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ainul terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. Kami akan menantikan perubahan Ainul lagi selepas ini. Ceria-ceria selalu ye Ainul sayang.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Safiudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..