” Alahai, cantiknya ciptaan Allah kat awak.. Tak puas tengok.. “

Datin Seri Umie Aida K0ngsi Gambar Terkini Puterinya, Nur Aisya Humaira. Comel Sungguh !!

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali ssebagai Umie Aida merupakan seorang pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan di Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja tahun 1990/91.

Beliau seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia. Umie Aida juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita terbaik Drama Anugerah Skrin sebanyak tiga kali.

Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang dijaga sejak kecil lagi oleh Umie Aida iaitu, Daniel dan Dzul. Mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Har4m Mekah.

Terbaru, Umie Aida telah sekali lagi mengambil anak angkat iaitu seorang bayi perempuan yang ketika itu baru berusia 12 hari. Mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat adalah atas keizinan persetujuan suaminya. Bayi tersebut telah diberikan nama Nur Aisya Humaira.

Menerusi laman media sosial iaitu instagram, Umie Aida telah berkongsi beberapa  keping gambar terkini puteri beliau yang kini sudah berusia lima bulan. Dengan panggilan anak beliau Aisya , bayi tersebut sangat comel dan membesar dengan sihat.

Baca perkongsian Umie Aida dibawah :

” Kita ingatkan ibu pakaikan kita cantik2 nak bawa jalan.. rupanya duduk rumah main toys je..#playtime #aisyahumaira .. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah Nur Aisya Humaira tersebut. Antara komen- komen mereka :

” Cantik sungguh ciptaan Allah kat awk humaira .. x puas tgk.. moga jd ank yg solehah .. “

” La la la… pakai gaun la bucuk2 ni….. gig1t br tau.. “

” Ibu awak teruja suka sangat dapat baby girl.. “

” Caption ibu. tergelak besar kita baca.. Aisya layankan je ibu tu.. “

” Xjemu tgk mata dia… comel dia.. “

” Rupa paras manis jelita ni. Bijak dn baik. Sprti ibubunda nye, datinseri umieaida ..”

Dibawah ini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar Nur Aisya Humaira yang comel :

Alahai, comelnya Aisya. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Nur Aisya Humaira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa, dan kepada Umie Aida, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umie Aida,  by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..