” Alaaa.. cutenya Aafiyah. Berlari-lari pergi kat ibu. Pandai nak goyang.. “

Video Siti Aafiyah Berlari Ke Arah Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Membuat Persembahan Dan Turut Sama Menari Mencur1 Perhatian Netizen. Alahai, Pandai Dia Goyang !!

Permata hati tunggal pasangan Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Siti Aafiyah kini sudah berusia 1 tahun 9 bulan. Aafiyah merupakan salah seorang si cilik yang sering mendapat perhatian netizen di media sosial. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan.

Tidak seperti selebriti lain, Dato’ Siti tidak membuka sebarang akaun media sosial untuk Aafiyah. Namun kebanyakan akaun Aafiyah yang wujud di media sosial dibuat oleh para peminat Dato’ Siti dan Aafiyah. Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat.

Kehadiran Aafiyah telah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan juga suaminya. Ini kerana penantian mereka selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir setelah lahirnya Aafiyah. Aafiyah merupakan anugerah terindah buat mereka dan seluruh keluarga serta peminat ibunya, penyanyi kesayangan ramai.

Menerusi akaun Instagram, beberapa video dimuatnaik untuk tatapan peminat Dato’ Siti dan Aafiyah. Video yang berdurasi beberapa saat menunjukkan Dato’ Siti sedang menyanyi di dalam sebuah majlis perkahwinan. Aafiyah pula secara tiba-tiba berlari ke arah ibunya dan turut serta membuat persembahan bersama ibunya.

Tonton video-video di bawah :

” Ibu + Aafiyah  #Matchymatchy #Fifasboy “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aafiyah bersama ibunya. Antara komen-komen mereka :

” Pandai nak goyang.. “

” Pandainyeee Aafiyah ni… ikut ibu btul.. “

” Alaaa.. cutenyee Afiyah . brlari lari g kt ibu.. “

” Dia pun mau ikut nyanyi… “

” Rasanye Aafiyah dh tau kerja ibu dia penyanyi.. “

” Nti sdh besar ikut mcm mama selalu on stage nyanyi… “

” Comel dua2.. “

Alahai, comel sungguh Aafiyah turut serta bersama ibunya membuat persembahan. Mesti tak lama lagi Aafiyah dah boleh jadi ‘backup dancer’ apabila ibu menyanyi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan bijak serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Sitizoners by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..