” Aku yang gayat tengok Afwa dan Aafiyah duduk tepi tingkap tu.. ” – Netizen

Kongsi Video Rumah Baru Di Dubai, Ramai Peminat Kagum Dengan Kondo Mewah Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Wah, Cantik Betul Pemandangan Luar Tapi Gayat Lah Dia Punya Ketinggian !!

Meninjau ke akaun TikT0k Watieysoong, video terbaru yang memaparkan rumah baru Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah meraih perhatian ramai peminat. Video yang berdurasi beberapa saat ini turut menunjukkan ruang dalam rumah tersebut.

Pada ketika ini Dato’ Seri Siti sekeluarga telah berada di Dubai dan mengumumkan bahawa Dato’ Seri Siti telah membeli sebuah rumah di sana. Dari luar sahaja dapat dilihat betapa tingginya tersergam indah kondominium mewah ini.

Malah ruang dalaman rumah juga sangat cantik seperti hotel mewah. Manakala pemandangan dari tingkap rumah juga dapat dilihat pemandangan lautan luas dari ketinggian yang amat tinggi. Wah, sangat bertuah Dato’ Seri Siti dapat memiliki sebuah rumah di sana.

Malah, anak tiri Dato’ Seri Siti iaitu Asyraf Khalid turut mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Siti kerana memiliki rumah sendiri di sana. Asyraf juga turut bergurau dengan menyatakan tidak perlu menyewa hotel lagi selepas ini jika dia sekeluarga bercuti ke sana.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian di IG Story Asyraf Khalid :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan rasa syukur melihat kejayaan Dato’ Seri Siti sehingga ke peringkat ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Untungnya, saya yg dok malaysia pun tkde rumah kat malaysia.. cantik macam hotel kondo tapi tulah tggi naw… “

” Aku yang gayat tengok afwa dan aafiyah duduk tepi tingkap tu.. sebenarnya bkn utk diri sendri tapi utk dua buah hati yang penyambung tu.. “

” Alhamdulilah rezeki seorg anak yang tak pernah lupa orang tua.. saya kalau dpt duduk rumah teres pon dah bersyukur.. “

” Alhamdulilah jika di luar negara ada rumah sendri senang nak travel.. tu diaa gayat tgk.. tumpang gembira buat tokti.. “

” Relax je aafiyah sandar kat cermin tu.. kalau aku goyang lutut dah.. gayat.. alhamdulilah segala penat lelah utk masa depan anak2.. “

” Aafiyah tkde perasan ke diri tepi tu.. alhamdulilah tumpang bahagia dgn rezeki tokti. moga sihat selalu.. berkat usaha gigih tokti.. “

” Masyaaallah cantiknya.. rezeki dia semoga dipermudahkan segala urusan.. kaya sungguh.. tetap humble dan bersyukur.. “

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza kerana berjaya memiliki sebuah rumah di luar negara. Nampaknya selepas ini pastinya Dato’ Seri Siti akan selalu berulang-alik dari Malaysia ke Dubai dan bercuti di sini selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk, Asyraf Khalid, Berita Kopak, TikT0k Watieysoong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..