” Aku rasa cukup sampai di sini lah post pasal Abam.. “
Ditegur Netizen Kerana Sering Memuatnaik Kisah Abam Bocey Di Akaun Instagramnya, Ini Respon Achey Yang Sebenarnya..
Sudah empat hari berlalu tanpa Abam di sisi Achey dan juga Fad. Pastinya mereka masih lagi merasa sesuatu yang berbeza seperti selalu. Jika dilihat pada akaun Instagram Achey dan Fad masih lagi berkongsi mengenai Abam sehingga ke hari ini.
Bukan sahaja kenalan rapat malah ramai peminat Abam masih sukar menerima kenyataan ini. Sikap Abam yang begitu mengambil berat tentang keluarganya terutama ibunya mendapat pujian ramai. Walaupun beliau telah berkahwin, ibunya tetap nombor satu tanpa sekalipun mengaba1kan si isteri.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey men1ngg4l dunia selepas beberapa hari mengalami dem4m dan sak1t kepala. Beliau menghemb0skan nafas terakhir dalam keadaan tidur dan disedari oleh isterinya ketika mahu mengej0tkannya solat subuh.
Menerusi akaun Instagram, Achey berkongsi gambar mereka bertiga ketiga program Maharaja Lawak Mega tempoh lalu. Achey mengajak ramai peminatnya untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arw4h Abam Bocey sempena hari jumaat yang mulia ini.
Rata-rata netizen memberi respon untuk bersedekah Al-Fatihah buat arw4h Abam. Antara komen-komen mereka :
” Walaupun Abam dah pergi men1nggalkan kita semua tp kenapa sy masih rasa dia dekat dgn kita.. Walaupun sy cuma dpt tgok abam dekat kaca tv je.. Sy minat kumpulan dan lawak2 Bocey.. Harapan sy supaya bocey terus bangkit dan terus kuat untuk Abam.. Mesti Abam happy ada sahabat mcm Fad dan Achey.. Dia nampak kita walaupun jauh.. “
” Al-Fatihah semoga arw4h tenang disana dan tergolong dikalangan orang2 yang beriman .. “
” InshaAllah bang, semoga arw4h ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. Teruskan legasi Bocey.. “
” Alfatihah. Arw4h tak pernah berhenti buat saya terhibur dulu. Moga arw4h ditempatkan dalam kalangan orang beriman amin.. “
” Semoga arw4h Abam baik saja disana dan tempatkan orang orang yang beriman inshaallah amin ya robal al amin .. “
” Baiklah @acheykintangkintung sama2 kita doakan yg terbaik untuk arw4h Abam dan doakan arw4h Abam sentiasa tenang disana dan ditempatkan di syurga aamiin.. “
Namun ada yang menegur Achey untuk berhenti daripada berkongsi kisah Abam di akaun Instagramnya dan ini respon Achey :
Bukan mudah untuk kita menerima pemergian orang yang tersayang atau yang rapat dengan kita. Ia mungkin akan mengambil masa untuk kita meredakan rasa kedukaan kita. Tidak bermakna kita tidak redha apabila sering berkongsi mengenai orang yang telah pergi. Jadi diharap kita sebagai peminat perlu memahami situasi mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey, Abam Bocey by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..