” Ainul tengah nak belajar memapah.. ” – Ahmad Safiuddin
Ahmad Safiuddin Kongsi Video Perkembangan Ainul Mardhiah Buat Ramai Tumpang Gembira Dan Bersyukur. Part Ainul Dapat Berdiri Tu Memang AWESOME Lah !!!
Ainul Mardhiah sememangnya telah pun menjadi buah hati kesayangan rakyat Malaysia. Apa sahaja perkembangan terbaharu mengenainya pasti dinanti-nantikan oleh ramai orang. Sejak akhir-akhir ini Ainul menunjukkan perkembangan yang baik dan positif.
Hari demi hari semakin banyak perkembangan positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak comel ini. Ibu Ainul, Nurul Erwani dan juga ayahnya, Ahmad Safiuddin seringkali berkongsi perkembangan anaknya itu di laman Instagram milik masing-masing.
Walaupun perkembangan Adik Ainul ini agak lewat berbanding dengan kanak-kanak seusianya, namun setiap perubahan walaupun sedikit merupakan berita baik buat semua yang selalu mengikuti perkembangannya. Lagi-lagi untuk kedua ibu bapa Ainul sendiri, pastinya tidak dapat diungkapkan rasa kegembiraan di hati mereka.
Momen-momen indah ini tidaklah terpadam begitu sahaja. Terbaru, ayah Ainul, Ahmad Safiuddin telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video yang berdurasi dalam seminit itu memaparkan Ainul Mardhiah berusaha untuk berdiri. Walaupun hanya memapah, Ainul mampu berdiri sambil memegang tepian sofa.
Apa yang menarik lagi di dalam video tersebut adalah kegigihan Ainul untuk berdiri semula selepas terduduk. Dan melakukan perkara yang sama berulang kali. Begitulah kuatnya semangat si comel ini untuk berdiri. Tak lama lagi bila dah dapat kaki, boleh berlari pulak kan. Mesti ibu dan ayah seronok main kej4r-kej4r dengan Ainul. Hehe..
Jom tonton video Ainul di dalam video di bawah ini :
Perkongsian video ini telah menggembirakan hati ramai netizen. Mereka rasa bersyukur dengan perkembangan Ainul dari hari ke hari, sehinggakan ada yang tidak puas menontonnya. Ini antara komen-komen rasa gembira dan syukur mereka :
” Alahaiiiiii comel jea ainul.. nma sme dgn ank Sya Ainul Mardhiah.. sjak dh pndai ckp bhsa kn dri pgil yahhh…Tye nma sbna spe???dia pgil Ainun yahhh.. hahaha.. “
” Alhamdulillah.. yey.. sikit lg boleh jalan dah. Pandai lah dia.. “
” Alhamdulillah.. ainul ni sng nk belajar la.. semoga ainul membesar dgn sihat dan cerdik akal fikiran.. “
” Seronok nye.. Lepas nie walid ngn mama main kej4r2 lah. MashaAllah comelnya awak Ainul.. “
” Allahuakhbar.. Alhamdulillah.. Subhanallah.. seronok tgk Ainul membesar.. ger4m acik tgk bdk tecik ni.. nk kena g1git.. “
” Teringat tntg ainul masa mula2. Sed1h sgt bila terkenang kan ainul.Tapi kuasa Allah,semngat ainul yg tinggi. Ainul sihat. cepat belaja pulak tu.. “
” Ya Allah kau besarkan la Ainul menjadi ank yg solehah.. Dan berilah Ainul kesihatan yg sepenuhnya.. “
” Allahuakbar.. Alhamdulillah..indahnya dpt tgk senyuman adik Ainul.. Semoga terus membesar dgn sihat.. “
” Alhamdulillah banyak dah perubahan adik Ainul semoga sihat-sihat belaka.. “
Alhamdulillah pastinya perkembangan ini menggembirakan ibu bapa Ainul kan. Semoga Ainul terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati dan peneman ibu dan ayah. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menitipkan doa buat Ainul. Adik Ainul, You are GREAT !!!
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..