” Ah cute overl0ad sayang.. “

Aksi Si Comel Pipi Merah Aafiyah Menunggu Dato’ Siti Nurhaliza Dan Dato Khalid Jogging Sambil Menongkat Pipi. Ad0h Terlajak Comel Ni !!

Tanggal 19 Mac 2018 membawa khabar gembira buat seluruh peminat tanahair. Bagi peminat-peminat penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza,kelahiran bayi yang diberi gelaran comel si pipi merah ini sememangnya dinantikan. Keterujaan peminat membuatkan Aafiyah dikenali sejak masih bayi lagi.

Kini setelah setahun berlalu, Aafiyah dilihat semakin menyerupai wajah ibunya Dato Siti. Malah ada yang menggelarkannya dato Siti Junior. Walaupun Aafiyah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, namanya sudah cukup terkenal dan mempunyai ramai peminat.

Dato Siti sering memuatnaik wajah comel anaknya itu di akaun Instagram milik beliau. Tidak hanya gambar-gambar, malah peminat juga disajikan dengan banyak video rakaman aksi-aksi dan keletah Aafiyah sepanjang hari. Cerdik, pandai, bijak dan ceria itu yang boleh dilihat dari diri Aafiyah.

Menerusi akaun Instagram, Dato Siti memuatnaik beberapa keping gambar anaknya Aafiyah yang comel merenung dan menongkat pipi. Dengan senyuman yang tak pernah lekang dimulutnya ditambah rambut bertocang satu buat Aafiyah semakin comel.

Jom baca kapsyen Dato Siti di bawah :

” Aduiii.. Lamanya nak tunggu ayah dan ibu balik jogging ni.. Nak breakfast la ibu.. “

Rata-rata peminat gembira melihat wajah comel Aafiyah ini. Antara komen-komen peminat :

” MasyaAllah… Lucu banget sih kamu Aafiyah.. Pandai berpose loh diaa.. “

” Cantiknya princess ibu.. Kejap je nampak afiyah dah besar… “

” Cepatlah balik ibu.. “

” Ah cute overload sayang.. “

” Hahahaha Comelllll sangattt Aafiyah.. Ibu ayah, cepatla balikkkk.. “

” Alololo afiyah kenapa comel sangat sayang Ku afiyah.. Pandainya afiyah bergaya.. “

” Comelnye.. Kecik-kecik dah pandai post ea.. “

” Pen1ng da nih lambat breakfast.. “

” Senyum manis tak senyum pon manis…. alahai si comel pipi merah ni murah rezeki betol selalu senyum je.. “

Geramnya tengok muka Aafiyah menongkat pipi ni. Pipi pau dengan senyum manisnya boleh buat tasik beku mencair ni. Aduhai Aafiyah. Kami di Berita Kopak mendoakan segala yang terbaik untuk Aafiyah dan membesar dengan sihat sayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..