” Afwa tiada perasaan, penat kakak ‘ cak ‘ dia.. ” – Babyctdk

Gelagat Muhammad Afwa Yang Tetap Serius Apabila Diagah Oleh Sepupunya, Khalishah Buat Ramai Terhibur. Amboi, Memang Takde Perasaan Lah Afwa Ni. Penat Main ‘ Cak ‘ Camni, Haha !!

Meninjau ke akaun Instagram babyctdk, satu video Muhamad Afwa bersama sepupunya, Khalishah telah membuatkan ramai terhibur. Khalishah merupakan anak kepada adik Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Nursairah.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Khalishah cuba mengacah Afwa dengan bermain ‘ cak ‘ dengan harapan Afwa mahu tersenyum. Namun sebaliknya yang berlaku di mana Afwa tetap serius memandang Khalishah seolah-olah tiada perasaan.

Hal ini membuatkan ramai terhibur. Ad0i, macam tiada apa jer berlaku pada Afwa. Penat Khalishah mengagahnya. Afwa tetap memandangnya dengan wajah yang serius. Susah betul hendak membuat Afwa tersenyum kan.

Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 700 tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Afwa sememangnya amat sukar untuk melihatnya wajahnya tersenyum. Ini dapat dilihat dalam kebanyakan gambar dan video yang dikongsikan di media sosial.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Afwa yang sukar untuk mengukir senyuman walaupun diagah beberapa kali. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cuteee sangat laa ger4mm. Dua2 cute.. hahahaha cute nya afwa ni ger4m tgok.. Amboii masamnya muka dia.. “

” Comel sgt afwa ger4m pipi dia nk c1um.. Afwa nak jln Raya kot.. Comey, putih dan gebuu Si Afwa ni…  Seriusnya afwa.. “

” Serius sangat tu afwa.. penat ke afwa.. Kak siti knapa bby afwa tuh jgn nang1s ok.. si gebu AfwaDK.. sebijik ibunya Dato’ CT.. memang seronok melayan ank kecil.. “

Cuma ada satu sahaja yang pernah memaparkan wajah Afwa tersenyum lebar di perkongsian Dato’ Seri Siti tempoh lalu di akaun Instagramnya. Walaupun Dato’ Seri Siti tidak menyatakan apa yang membuatkan Afwa tersenyum, pastinya ianya sesuatu yang menyeronokkan bila melihat Afwa tersenyum.

Afwa walaupun tanpa senyuman tetap comel dengan pipinya yang gebu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Muhammad Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akh1r4t. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Babyctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..