” Ad0ii, kesian ayah.. ” – Wawa Cosmeticz

Video Gelagat Hayla Menyolek Ayahnya, Aeril Zafrel. Wah, Macam Ada Bakat Jadi Make Up Artist, Daddy Pun Redhakan Jer !!

Pasangan sama cantik dan sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian di media sosial kerana sikap romantik pasangan ini. Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata yang sangat comel iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Salah seorang anak pasangan ini yang juga turut menjadi perhatian di media sosial ialah Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Hayla merupakan anak kedua dalam keluarga dan dia dilihat begitu rapat dengan Aeril. Almaklumlah, anak perempuan biasanya rapat dengan si bapa.

Ini dapat dilihat melalui perkongsian Aeril di Instagram. Kebanyakan video yang dikongsikan Aeril banyak melibatkan aktivitinya bersama Hayla. Hayla juga suka mengikut apa sahaja yang disuruh oleh Aeril. Wah, mesti anak manja daddy sangat ni !

Menerusi satu akaun Instagram, satu video telah dikongsikan memaparkan Hayla sedang menyolek bapanya, Aeril. Gaya Hayla sangat comel seolah-olah seperti seorang jurumekap profesional. Mesti Hayla biasa melihat mommy bersolek kan.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Adoii.. Kasian ayah

A post shared by WAWA COSMETICS (@wawacosmeticz) on

Video tersebut telah mendapat ribuan tontonan dan ratusan likes. Adalah normal jika anak perempuan minat dengan alat-alat solekan dan tambahan pula alat-alat tersebut merupakan produk keluaran Wawa. Memang seronok sangat Hayla menggayakannya.

Alahai Hayla, tak pernah tak comel. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati dan menghiburkan ramai. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Hayla menjadi anak yang baik dan selehah serta mendengar kata kedua ibu bapa. Semoga berjaya dalam hidup dan juga akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Cosmetics

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..