” Ad0i sekali daddynya yang berucap, seb4k terus bah.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Anak Datuk Seri Eizlan Yusof, Zareef Yusof Di Rumah Vie Shantie Khan. Seronok Tengok Keluarga Besar Ni Berkumpul, Bersatu Dengan Penuh Kasih Sayang. Part Ucapan Eizlan Dan Vie Tu Seb4k Mendengarnya !!
Beberapa hari yang lalu iaitu pada tanggal 23 April, genaplah usia anak kedua Datuk Seri Eizlan Yusof dan Vie Shantie Khan, Zareef Yusof yang ke 12 tahun. Vie Shantie dan Datuk Eizlan masing-masing ada berkongsikan ucapan mereka untuk Zareef di media sosial masing-masing.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Vie Shantie Khan, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan sambutan sempena hari lahir Zareef. Diadakan di kediaman Vie Shantie, majlis ini turut disertai oleh teman-teman rapat Vie Shantie.
Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh Datuk Eizlan bersama isteri, Datin Sasha dan anaknya, Zaelynn Rose. Umum mengetahui, hubungan mereka tetap akrab dan baik walaupun sudah berp1sah. Vie dan Datuk Eizlan juga antara contoh keluarga yang dikagumi ramai.
Dalam video ini, ucapan hari lahir dan doa yang baik-baik diberikan oleh Vie, Datuk Eizlan serta suami Vie Shantie, Datuk Seri Rahman Dahlan. Harmoni dan bahagia terpancar dari raut wajah semua ahli keluarga apabila dapat berkumpul meraikan Zareef seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Vie Shantie ini telahpun meraih perhatian peminat dan sehingga kini hampir 35 ribu views direkodkan. Antara komen-komen mereka :
” Kenapa i em0 eh tengok video ni. Very sweet and touching. Greta speech Vie. Semoga Zareef jadi iman dan jaga your mom dan siblings sebaik mungkin, Aamin.. “
” MashaAllah.. A wonderful video for Abang’s birthday.. Happy Birthday zareef . anak yg bijak .. anak yg baik.. anak yg berbakti pd IbuBapa jua utk bangsa & Negara suatu hati nanti.. “
” Happy Birthday zareefyusofofficial Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya bila dewasa kelak. Aamiin.. “
” Adui skali daddynya yg berucap, seb4k terus bah. happy bday zareef. Smog mbesar jd anak soleh berjaya dilindungi dunia akh1rat.. “
” Ucapan Mummy tuuu kita cry. Semoga anak-anak kita semua menjadi anak yg soleh dan solehah.. “
” Mendalam betul pesanan seorg ibu kpd anaknya. Semoga doa ibu Zareef makbul, menjadi anak yg berjaya dunia dan akh1rat. Aamiin Yaa Mujib.. “
” Apasal ucapan paling last tu buat aku seb4k. Aku pulak yangg sed1h… lots of love this family. Semua bersatu dengan penuh kasih sayang tanpa batasan.. “
” Happynya tgk family ini… semoga pancaran positif ini turut aku rasai jg dlm family kecilku. Amin.. “
Kasih sayang yang menyatukan mereka dan didikan yang baik daripada kedua ibu bapa juga menjadi asbab kepada penyatuan ini. Semoga Zareef menjadi anak yang soleh selalu dan keluarga besar Datuk Eizlan dan Vie Shantie ini sentiasa dirahmati Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Vie Shantie Khan, IG Eizlan Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..