” Abah dah sedia lepas anak perempuannya pada seorang lelaki yang bergelar suami.. ” – Mira Filzah
Mira Filzah Kongsi Cerita Bagaimana Beliau Mendapat Restu Keluarga Dalam Hubungannya Bersama Wan Emir Astar. Emir Gentleman Jer Tengok Berdiri Sebelah Mira !!
Semalam telah berlangsung majlis resepsi pelakon cantik, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar di Le Meridian, Putrajaya. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Rekateemor, semestinya dewan majlis resepsi tersebut dihias indah dan mempers0nakan.
Menggunakan tema Midnight Sky untuk majlis resepsi pasangan pengantin ini, sesiapa sahaja akan tertawan dengan tatarias yang dihasilkan. Malah Mira juga nampak anggun dengan busana pengantin seperti seorang puteri rekaan Fiziwoo.
Majlis resepsi ini cuma dihadiri oleh 200 orang tetamu dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan pengantin ini. Boleh dikatakan majlis perkahwinan Mira dan Emir ini sangat perfect dan menjadi impian semua pasangan pengantin.
Menerusi akaun Instagram, video ketika Mira memberi ucapan di majlis resepsi perkahwinannya telah dikongsikan. Mira berkongsi cerita tentang bagaimana dia mendapat restu keluarga terhadap hubungannya bersama Emir. Namun gaya Emir yang begitu sopan ketika Mira berucap dapat pujian netizen.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat video seterusnya.. )
Rata-rata netizen memuji penampilan pasangan pengantin ini terutamanya Emir yang dilihat begitu sopan dan beradab. Antara komen-komen mereka :
” Ya Allah.. sopan.. sangat beradab.. emir ni.. bahagia tgk mira berjodoh dgn lelaki mcm ni.. “
” Redha Allah terletak pd redha ibubapa… masyAllah tabarakallah hbgn yg direstui kedua org tua insyallah penuh barokah.. kekal ke syurga emir mira.. “
” Sama padan mereka.. “
” Tengok laki tu sopan jeee hee.. lelaki idaman.. “
Sama cantik dan sama padan seperti merpati dua sejoli. Semestinya dalam sesuatu hubungan, restu keluarga adalah sangat penting dalam menjamin kebahagiaan. Tahniah di ucapkan kepada Mira dan Emir. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan selamat pengantin baru.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inai Jari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..