” Aaisyah duduk hotel apa ni ? “
Ditanya Oleh Ibunya, Rozita Che Wan Namun Jawapan Yang Diberikan Oleh Aaisyah Dhia Rana Buat Ramai Ketawa..
Permata hati Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana merupakan salah seorang anak selebriti di Malaysia yang sering mendapat perhatian netizen. Rupa paras Aaisyah yang berdar4h kacukan Inggeris di sebelah bapanya membuatkan netizen sering memuji kecantikan si cilik ini.
Aaisyah mempunyai satu keistimewaan di hati para netizen iaitu dia begitu fasih berbahasa melayu malah pandai bercakap loghat utara. Perkara ini amat berbeza dengan kebanyakkan anak selebriti lain yang begitu menitik beratkan Bahasa Inggeris.
Aaisyah merupakan anak ketiga untuk Che Ta dan anak sulung buat Zain. Aaisyah mempunyai dua orang abang yang sudah meningkat remaja iaitu Ammar Efendi dan Aniq Ezra yang merupakan anak Che Ta melalui perkahwinannya yang terdahulu.
Menerusi akaun Instagram, Che Ta memuatnaik video Aaisyah di dalam sebuah hotel. Aaisyah kelihatan begitu bergaya sekali siap dengan memakai beg tangan. Che Ta bertanya ‘ Aaisyah duduk hotel apa ni? ” namun jawapan yang diberikan oleh Aaisyah buat ramai tertawa. Kuat betul pengaruh iklan TV ye!
Tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji kecomelan Aaisyah, tambahan pula Aaisyah bergaya sebegitu membuatkan dia nampak semakin comel. Antara komen-komen mereka :
” Comelnye Ecah mcm party girl kan.. “
” Ala comelnyaaa.. “
” Dok hotel trivago… haha… lucu la diaaa.. “
” Aaisyah pegi mana ? “
” Cute overloadd.. “
” Comel Aaisyah.. “
Aaisyah sememangnya comel kerana mewarisi kecantikan ibunya serta kehenseman bapanya. Aaisyah juga seperti ibunya kerana pandai bergaya. Apa sahaja pakaian yang dipakai oleh Aaisyah sering menjadi tarikan di media sosial. Aaisyah sememangnya gemar berfesyen.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan..