” Muka baru bangun tidur pun comeyy.. “

Video Gelagat Elly Mazlein Mencuci Kuali Di Kampung Suaminya Buat Ramai Terhibur. Walaupun Belum Mandi, Kak Lina Tak Segan Silu Berkongsi Dengan Peminat. Terbaik Kak Lina Pom Pom !!

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. Beliau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina P0m P0m. Ketika bergelar penyanyi, beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.

Elly kini lebih aktif menceburi bidang lakonan dan pengacaraan berbanding nyanyian. Baru-baru ini Elly telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang guru bernama Azlan. Azlan merupakan seorang guru geografi yang berasal dari Kelantan.

Elly mempunyai seorang anak melalui perkahwinannya yang terdahulu bernama Putri Sara Sefhia. Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum bercera1 pada tahun 2015 ketika beliau hamil empat bulan.

Menerusi akaun Instagram, Elly memuatnaik videonya sedang mencuci kuali semasa selesai majlis sambut menantu tempoh hari. Majlis yang dilangsungkan secara gotong-royong diadakan di kediaman suaminya di Kuala Krai, Kelantan.

Tonton video di bawah :

”  Kepom buat gapo terrrrrr ??? Basuh koli besooo ? Klu nak tau Jom ke YouTube channel #duniaellymazlein skrg ya. Lpas tgk Jgn Lupa subscribe dan tekan notifications ya agitchuuuuuu pommmmm.. “

Rata-rata peminat memuji wajah Elly yang nampaknya mempunyai kecantikan semulajadi kerana tanpa sebarang solekan. Antara komen-komen netizen :

” X mandi pun cantik…. natural beauty… semoga berbahagia dan berkekalan… “

” Sempoiii kak lina, natural beauty sgt, cantek wlpun x makeup. semoga bahagia slalu bsama suami.. “

” Dah btul2 jadi kampung people….! Aaaagitueww.. “

” Salam Kak Lina pom pom, tak makeup pun nampak cantik sgt. “

” Bercakap.. tapi tangan laju buat kerja… bagus kak Lina… i love u.. moga happy sokmo sokmo.. “

” Walaupun muka bru bgn tdo pun comeyy.. tahniah kak Lina n papa awan nano… love u… “

Wah, bagus sangat Elly kerana boleh menyesuaikan diri dengan suasana kampung walaupun beliau merupakan orang bandar. Untung sangat Cikgu Azlan dapat memperisterikan Elly yang sangat low profile. Semoga Elly dan suami berbahagia selalu.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..