” 32 tahun, Alhamdulillah lama sangat tunggu.. ” – Dato’ Rosyam Nor

Dato’ Rosyam Nor Kongsi Berita Gembira Menyambut Kelahiran Cucu Terbarunya. Wah Setelah Lama Menunggu Akhirnya Termakbul Juga Hasrat Tu. Tahniah Dato’ Rosyam !!

Pelakon dan penerbit hebat, Dato’ Rosyam Nor diketahui umum melayari bahtera perkahwinan bersama isteri tercinta, Datin Runika Mohd Yusoff. Pasangan ini dikurniakan Allah 5 orang cahayamata dan kesemuanya adalah perempuan.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki g4ng lelaki dalam keluarga, akhirnya impian Dato’ Rosyam ini dimakbulkan Allah. Menerusi akaun Instagram Dato’ Rosyam, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan kad kelahiran Hospital Andorra.

32 tahun penantian, Dato’ Rosyam diberi khabar gembira apabila anak keduanya bernama Anis selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Terdahulu, Dato’ Rosyam telahpun mempunyai 3 orang cucu perempuan daripada perkahwinan anak sulungnya.

Pastinya semalam hari yang paling membahagiakan bagi seorang atok apabila cucu lelaki pertama dalam keluarga lahir. Bolehlah si kecil jadi g4ng kamcing atok nanti. Dato’ Rosyam turut men1nggalkan pertanyaan kepada peminat tentang cadangan nama yang sesuai untuk bayi ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Berita gembira oleh Dato’ Rosyam ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Ucapan tahniah dan tidak kurang juga cadangan nama diberikan oleh peminat. Antara komen-komen mereka :

” Ya Allah alhamdulillah akhrinya ada g4ng. Tahniah Anis dan keluarga. Welcome baby boy, habis la sure manja dengan atoknya.. “

” Alhamdulillah syukur. Tahniah Dto’ Rosyam. Nikmat yang berharga setelah berpuluh tahun menyimpan hasrat di hati. Akhirnya cucu atoklah.. “

” Finally tahniah Dato’ Rosyam, putera yang dinanti. Saya cadangkan nama Adam sempena nama Nabi Adam.. “

” Alhamdulillah semoga segala yang baik baik buat baby dan anis sekeluarga. Tahniah Dato’ dan Datin. Selamat berpantang Anis.. “

” Ingat lagi masa anis kahwin Dato’ Rosyam cakap Hariz harapan nak dapatkan anak lelaki. Alhamdulillah makbul doa.. “

” Alhamdulillah, tahniah Dato’ Rosyam dan keluarga. Pewaris Castello ni Dato’ hehe. Letak nama Malis Castello.. “

” Alhamdulillah, tahniah Dato’ Rosyam dan Datin dengan kelahiran cucu boy. Penantian dato’ akhirnya dimakbulkan, syukur.. “

Syukur Allah sebaik-baik perancang, penantian Dato’ Rosyam dibalas kemanisan oleh-Nya. Semoga kelahiran si kecil ini memeriahkan lagi keluarga besar Dato’ Rosyam. Buat Anis, selamat berpant4ng dan semoga cepat sembuh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosyam Nor, IG Aniskiss

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..