” 2019, aku boleh katakan tahun yang success. Cuma.. “

Luahan Izzue Islam Buat Peminat Menitiskan Air Mata. Bersabarlah Izzue, Pasti Akan Tiba Saatnya. Terus Kuat !!

Bekas ahli kumpulan Forteen ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Izzue Islam mula dikenali apabila single kumpulan ini melet0p di corong-corong radio menerusi lagu Berdua Bersatu. Memiliki wajah yang tampan dan kacak menjadi satu kelebihan buat Izzue dan ini membuatkan beliau dig1lai peminat-peminat.

Selain nyanyian, Izzue juga aktif di dalam bidang lakonan antaranya drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Pat4hnya Sebelah Sayap, Jangan Benc1 Cintaku. Umum mengetahun Izzue telah berkahwin dengan pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin pada bulan Jun 2013.

Perkahwinan mereka sudahpun memasuki usia 6 tahun namun rezeki belum memihak kepadanya untuk memiliki zuriat. Walaupun kelihatan pasangan ini sentiasa ceria dan gembira, namun disebalik itu tersembunyi rahsia hati yang hanya mereka yang tahu dan merasainya.

Menerusi akaun Instagram, Izzue Islam telah memuatnaik keratan akhbar di mana kisah impiannya yang belum tercapai pada tahun 2019. Kapsyennya itu mengundang sayu peminat dan tidak terkecuali rakan artis juga. Allah lebih mengetahui bila waktu yang sesuai. Andai tiba waktunya pasti akan menjadi milik Izzue juga.

Jom baca kapsyen Izzue di bawah :

” 2019, aku boleh katakan tahun yang success. Cuma 2 azam je yang tak tercapai, Umrah dan Baby. Kita cuba lagi this year ok sayang @awinnurin . Thank You 2019 dan Assalamualaikum 2020, please be nice to us! Bismillah #2020.. “

Rata-rata peminat terharu dan mendoakan pasangan ini. Antara komen-komen peminat :

” Setiap tahun aku ada azam yang sama.. “

” Aaminn @izzueislam semoga diangkat permintaan ini.. “

” Inshallah semoga tahun baru ni segala impian Demo termakbur aamiin.. “

” Aamiin inshaAllah. Semoga diberi rezeki yang tidak di sangka-sangka untuk izzue dan isteri.. “

” Moga-moga bro.. Be strong.. “

” Aamiin Ya Robbal Alamin… In Shaa Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan pokjue dan Awin… Teruskan usaha dan tawakal kepadaNya.. “

” InsyaAllah Amin KUN FAYA KUN. Semoga dipermudahkan segalanya dan diberikan semangat kepada kak awin dengan abang izzue may Allah bless both of you.. “

” Semogee ape yang diinginkan dikabulkan aamiin.. Sentiase berdoa.. “

Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada perancanganNya yang lebih baik untuk Izzue dan isteri, Wallahualam. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ada sinar dan rezeki di tahun baru ini untuk mewarnai lagi rumahtangga bahagia Izzue. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izzue Islam by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..