” Alololo.. Semua comey-comey belako.. “

Gambar-Gambar Anak-Anak Selebriti Sekitar Hari Pertama Persekolahan Tahun 2020. Macam-Macam Gaya Dan Ragam !!

Musim persekolahan kembali dan tiada lagi mimpi indah buat si cilik yang akhirnya perlu bangun awal pagi setiap hari. Pastinya hari pertama persekolahan mengundang pelbagai gelagat tidak kira pelajar yang baru berdaftar masuk sekolah mahu pun peralihan kelas untuk usia baharu.

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020 untuk kebanyakan negeri di Malaysia dan sepastinya ramai ibu bapa turut memuatnaik foto dan video di media sosial reaksi anak mereka pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Tidak terlepas juga ruang media sosial selebriti tempatan memuatnaik foto dan video anak mereka ke sekolah hari ini.

Instagram pagi ini rancak dengan perkongsian menarik selebriti yang menghantar anak masing-masing ke sekolah. Antaranya adalah pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, dimana anak mereta Attar 7, telah memasuki tahun 1 dan Hayla, 5 di tadika.Aeril dan Wawa menemani anak mereka pada hari pertama persekolahan turut menghiburkan pelayar media sosial.

Menerusi Instagram, Aeril dan Wawa masing-masing turut berkongsi gambar mereka bersama menghantar anak-anak ke sekolah. Dari hasil perkongsian tersebut, pasangan ini telah menghantar anak-anak, Attar dan Hayla ke sekolah swasta iaitu, Rizq Islamic School. Kelihatan Aerill dan Wawa begitu teruja sekali .

Ikuti perkongsian Aeril di bawah :

” 1st day school…. ayah doakan kamu berdua menjadi anak yg soleh & solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti .. amin…. “

Rata-rata netizen turut merasa gembira akan perkongsian Aeril itu. Antara komen-komen tersebut :

” Amiiin insyaAllah… Comelnye nye la bdk 2 ni g sekolah.. “

” Aamiin ya rabbal alamin.. wow! Islamic school ye…. terrrbaikkkk!!! ..”

” Alhamdulillah.. dah sek.. semoga terus mbesar dengan sempurna dan berjaya.. hensomnya.. semoga dilindungi di sek dan dlm pjlanan pegi balik ke sek.. “

” Aamiinn allahumma aamiinn! Semoga Allah maqbulkan doa boss untuk Attar & Hayla.. “

” Slmt menempuh alam prsekolahn utk kedua nye… smge mnjd ank2 yg brjaya… aminnn.. “

” Belajar betul2 ye.. “

Kami dari Berita Kopak ingin berkongsi dengan anda beberapa lagi gambar-gambar sekitar hari pertama persekolahan anak-anak selebriti lain :

1. Anak -anak Lan Solo

2. Anak-anak Abby Abadi

3. Anak Memey Suhaiza

4. Anak-anak Tomok

5. Anak-anak Fiza Halim

6. Anak-anak Fakhrul Radhi

7. Anak-anak Dr Sheikh Muszaphar Shukor

8. Anak Nabil Ahmad

Alolo segak-segak semuanya. Belajar rajin-rajin ya sayang semua. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat datang ke alam persekolahan buat semua anak-anak dan belajar rajin-rajin, semoga menjadi kebanggaan ibu dan bapa serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Aeril Zafrel, Lan Solo, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Tomok, Fizah Halim, Fakhrul Radhi, Dr Sheikh Muszaphar Shukor by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..