” Zulin macam suka je kat Fikry, puji berbakoi, kan dah malu orang tu..”

Zulin Aziz Berkongsi Video Fikry Ibrahim Keluar Tengok Wayang Dan Berpegangan Tangan Dengan Ibunya. Baguih Sungg0h La Fikry Ni !!!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta. Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang.

Terbaru, Zulin Aziz telah memuat naik sebuah rakaman video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Fikry Ibrahim sedang berjalan dan berpegangan tangan dengan ibunya di sebuah pasaraya. Difahamkan Fikry Ibrahim pergi menonton wayang bersama ibunya itu.

Momen itu dirakamkan oleh Zulin Aziz sendiri. Zulin berkongsi video tersebut kerana merasa sangat kagum dengan Fikry yang sanggup keluar bersama ibunya. Katanya, sekiranya ingin mencari seorang lelaki penyayang, lihatlah bagaimana seseorang lelaki itu menyantuni kedua ibu bapa.

Di bawah ini adalah sedutan daripada video tersebut :

Zulin : ” Orang kata nak tengok penyayang ke lelaki tu tengok dia jaga mak dia macamana.. “

Zulin : ” Macamna perasaan mak bila keluar dengan anak ikan.. “

Zulin : ” Solat tak tinggal, sayang kat mak, jaga mak dia.. “

Di bawah ini adalah posting yang dimuat naik oleh Zulin Aziz.

” Baguihnya @fikryibrahim lelaki idaman malaya.. “

Rata-rata mengkagumi Fikry Ibrahim kerana melayani ibunya dengan baik sekali. Ini antara komen-komen mereka :

” Awat fikri tiba² jd pemalu Ni.. Ade mak sopan sungguh laaa.. “

” Baguih laa na.. lg baguih fikri kawen ngn zulin.. sempoii.. “

” Ok lepaih nie saham hang naik melantun la fikriaq oiii !!!! Hahahahha.. “

” Diam teruih bila kena usik Biasa l0qlaq gak.. ini depan mak dia.. sopan santun melantun lantun @kaknur_saunaku_setku.. “

” Entah kenapa kami suka klu angpa dua ada jodoh.. Dua2 sempoi, Dua2 lok laq.. Apapun kami doa yg baik2, jodoh pertemuan kerja Allah.. Mg Dua2 berjaya dunia dan akhirat.. “

” Tudia @fikryibrahim kembang dah @zulinaziz dok puji berbakui.. “

” Tu diaaaa.. baguih sungguh laaa budak fikry tu naaaa.. Buleh lah makcik buat menantu! “

” Zulin macam suka je kat Fikry, puji berbakoi, kan dah malu orang tu..”

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin. Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan jaga mereka seikhlas mungkin demi mendapatkan keberkatan dunia akhirat.

Kami di Berita Kopak mendoakan Fikry Ibrahim terus dikurniakan kebahagiaan dan dirahmati Allah selalu. TAHNIAH kerana telah menjaga Ibu anda dengan baik.

 

 

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zulin Aziz by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..