” Zi, bila Papa m4ti, hang beritahu semua adik-adik.. “

Zizi Zulkifli Kongsi Pesanan Ayahnya Untuk Beliau Dan Adik-Adiknya, Mengundang Seb4k Netizen. Allahu.. Banj1r Air Mata Saya Kak !!

Norzizi Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zizi Zulkifli ialah seorang pelakon dan juga seorang pengacara yang pernah popular satu ketika dahulu di rancangan Joe Jambul. Kini beliau bergelar sebagai Doktor Falsafah (pHD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia.

Zizi merupakan anak kepada Dato’ Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar. Dato’ Zulkifli Zain adalah seorang pelakon dan seniman veteran yang berasal daripada Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 April 1944 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau telah berkahwin dengan Normala Omar pada sekitar tahun 1975.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizi Zulkifli telah memuat naik semula posting yang sebelum ini. Posting tersebut mengenai pesan ayahnya Dato’ Zulkifli Zain kepadanya adik beradik. Untuk pengetahuan, Zizi Zulkifli mempunyai 5 orang adik beradik.

Menurutnya, perkongsian ini adalah ingin membetulkan kenyataan di media sosial yang tersalah faham mengenai postingnya sebelum ini. Beliau menjelaskan bukannya ayahnya berkahwin 4 dan isteri tidak dapat menjaganya tetapi ayahnya menyatakan ‘kalau’ ada isteri 4 pun, isteri2nya tidak mampu menjaga seperti anak-anaknya jaga.

Bagi mengelak kekeliruan, Zizi memuat naik semula postingnya mengenai kata-kata dan pesan ayahnya kepada beliau dan adik beradiknya yang lain. Dan beliau kongsikan pesanan ini sebagai meluahkan rasa sed1hnya . Ini pesanan Ayahnya  :

“ Zi, bila Papa m4ti, hang beritahu semua adik2. Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa.. “

Untuk makluman, ayah beliau  Dato’ Zulkifli Zain menghidapi penyak1t angin ahm4r dan ser4ngan jant0ng. Kini sedang berada di hospital menerima rawatan. Dan dijaga olehnya bergilir-gilir bersama adik beradiknya yang lain. Ramai yang berikan pujian kerana Zizi dan adik beradiknya sangat baik menjaga ayah dan ibu mereka.

(Gambar Zizi bersama ayahnya Dato’ Zulkifli Zain)

Ini adalah posting yang dimuatnaik oleh Zizi di laman Instagram miliknya.

” Ok ini saya repost story sy sendiri mengenai pesan Papa mengenai kalau dia kahwin 4 pun, isteri2 takkan mampu jaga seperti anak2 beliau jaga. Bukannya dia kahwin 4 dan bini2 tak jaga dia #repost @norzizizulkifli.. “

” Kami baru makan sahur bersama dengan tiga anak, tiba2 Papa kata “ Zi, bila Papa m4ti, hang beritahu semua adik2 Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa.. “

” ‘Anak2 Papa memang terbaik! ‘ Tak termasuk ke mulut makanan yg sedang cuba sy suapkan dan sy toleh ke dia. Cuak gak hati ini. Bukan sempurna pun apa yg kami jaga adik beradik gambar ni sy amik lepas dah makan la.. “

” Bukan nk tido sangat Papa ni. Sat suruh angkat, sat suruh bawak ke meja makan. Sat bawak ke tv. Kita jadi sama tak leh tido dengan dia. Today Papa behave, dia dok kat meja makan je. Smua dia pikir, dia dalam perarakan orang Melayu berarak dari Johor ke KL.. “

” Dia sedih akan perjuangan / nasib orang2 Melayu. Dia jugak r1sau sekiranya Sabah diser4ng. Itu antara apa yang sempat diceritakan oleh beliau. Ok Salam Subuh everyone. Sy nak hantar anak ke UPSR. @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli.. “

” P/s yang paling banyak jaga mama papa is @zazazulkafli di bantu dengan yang lain. Yang paling sikit jaga adalah sy. Jd jgn puji sy. Puji adik2 sy yg lain yg begitu devoted menjaga kedua Ibu bapa.. “

View this post on Instagram

Ok ini saya repost story sy sendiri mengenai pesan Papa mengenai kalau dia kahwin 4 pun, isteri2 takkan mampu jaga seperti anak2 beliau jaga. Bukannya dia kahwin 4 dan bini2 tak jaga dia 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️#repost @norzizizulkifli ・・・ Kami baru makan sahur bersama dengan tiga anak, tiba2 Papa kata “Zi, bila Papa mati, hang beritahu semua adik2 Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa. Anak2 Papa memang terbaik!” Tak termasuk ke mulut makanan yg sedang cuba sy suapkan dan sy toleh ke dia. Cuak gak hati ini. Bukan sempurna pun apa yg kami jaga adik beradik. *** gambar ni sy amik lepas dah makan la. Bukan nk tido sangat Papa ni. Sat suruh angkat, sat suruh bawak ke meja makan. Sat bawak ke tv. Kita jadi sama tak leh tido dengan dia 🤣🤣🤣. Today Papa behave, dia dok kat meja makan je. Smua dia pikir, dia dalam perarakan orang Melayu berarak dari Johor ke KL. Dia sedih akan perjuangan/nasib orang2 Melayu. Dia jugak risau sekiranya Sabah di serang. Itu antara apa yang sempat diceritakan oleh beliau. Ok Salam Subuh everyone. Sy nak hantar anak ke UPSR. @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli p/s yang paling banyak jaga mama papa is @zazazulkafli di bantu dengan yang lain. Yang paling sikit jaga adalah sy. Jd jgn puji sy. Puji adik2 sy yg lain yg begitu devoted menjaga kedua Ibu bapa ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Rata-rata merasa sebak dan memuji keihklasan dan kesabaran Zizi dan adik beradiknya yang lain menjaga ayahnya. Mereka juga turut mendoakan ayah beliau kembali sembuh. Ini antara komen-komen mereka :

” Syurga buat kalian yg selalu beringat ikhlas.. “

” Alhamdulillah bagus adik beradik kakak jaga orang tua. Seronok mak bapa bila anak2 mereka mampu galas tanggungjawab. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat yang besar buat kakak dan keluarga.. “

” Tahniah pada sis n adik² sbb jalankan tanggungjawab semampu mungkin.. “

” Uolls are the best.. “

” Kenapa saya suka sgt baca tulisan kak zizi, dan tiapp kali saya baca tulisan ttg mak ayah, buat air mata saya mengalirrr banj1rr kita salute dgn kak zizi & adik beradik.. “

” Allhamdulilah moga Allah berkati you all sekeluarga, moga dato sihat kembali.. “

Alhamdulillah dan tahniah Zizi dan adik beradik yang lain kerana memberi contoh yang baik sebagai anak dalam kesabaran menjaga ibu dan ayah. Berbaiklah dengan ibu bapa kerana dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ibu dan ayah Zizi Zulkifli diberikan kesembuhan oleh Allah dan Allah mempermudahkan segala urusan Zizi dan adik beradiknya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Norzizi Zulkifli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..