Zaquan Adha Dedah Sebab Sering Terjat0h Ketika Beraksi Di Padang. TAK SANGKA Ini Sebabnya..

Nama pemain bola sepak Zaquan Adha atau pemilik nama sebenar Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak tidak perlu diperkenalkan lagi. Zaquan merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga hebat beraksi di padang.

Untuk pengetahuan Zaquan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil. Dia mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun.

Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia. Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.

Kapten Harimau Malaya dan juga merupakan penyer4ng negara ini menyertai Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim ini. Pemain kelahiran Negeri Sembilan yang kini berusia 32 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama skuad Lang Merah.

Ramai yang sedia maklum Zaquan merupakan suami kepada pelakon cantik, Ayu Raudhah. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Zaquan sering dikritik oleh peminat bola sepak tanahair yang mengatakan dia sering terjat0h ketika beraksi di padang. Malah ada yang sampai menyuruhnya bersara dari bermain bola sepak dan pelbagai lagi kec4man yang diterima.

Menerusi akaun Instagram, Zaquan mendedahkan kenapa dia sering terjat0h ketika bermain bola di padang. Semoga perkongsian Zaquan ini dapat membuka mata bagi netizen yang sering melemparkan kec4man terhadapnya.

Baca perkongsian Zaquan di bawah :

” Alhamdulillah.. bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua atau rakan2.. sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jat0h.. “

” Sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4 kali operati0ns ACl 1 kali sc0p di lutut, 1 kali operati0n di tangan .. “

” Jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jat0h di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecac4tan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jat0h.. “

” Tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur Allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang.. jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalamin keceder4an tolong jgn give up.. “

” Percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda.. set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.. “

” Sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari Allah apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa, sebab org yg berputus asa adalah org gagal.. “

” Ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembak4r semangat untuk kt bangkit. ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt.. “

View this post on Instagram

Alhamdulillah..bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua atau rakan2..sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jatuh..sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4kali operations ACl 1kali scop di lutut,1 kali operation di tangan ..jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jatuh di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jatuh..tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang..jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalami kecederaan tolong jgn giveup..percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda..set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.. sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari allah dan sy percaya apa yg diberi adalah amanah dari allah..apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa,sebab org yg berputus asa adalah org yg gagal..ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kt bangkit.ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt..kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas..

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Rata-rata ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Zaquan dan menasihatinya untuk tidak mempedulikan kata-kata yang negatif. Antara komen-komen netizen :

” Janji semangat.. Rajin.. Usaha yg berterusan.. Insyallah.. Rezeki x salah alamat.. “

” Steady boss… KepidApp.. Respect.. “

” Terbaikk idolaaa.. moga dipermudah segala urusan.. “

” Sapa kenal Henry player france tu, kalau nak score gol mesti dia “akan” atau “ter” rebahkan badan .. Tapi zaquan ni, berlari depan gol, tahan bola, gelecek ke apa ke mesti jatuh terg0lek, tambah2 masa main Malaysia .. Aku pun tak pasti adakah itu dinamakan skill .. “

” Usah Peduli Apa Yg Orang Kata , Depa Semua Tu Berani Ckp Kat Sosmed Je , Apa2 Pun Hang Mmg Terbaik . Bukan Senang Player2 Nak Score 1 Goal. #PulunZaquanPulun.. “

” Terbaiklah @zaqone_08 Respect from ganu. Kapten shark ttp di hati.. “

” Terbaik @zaqone_08 .. kami semua menyokong anda.. “

Tak apalah Zaquan, abaikan kata-kata negatif yang diterima. Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia tidak boleh kawal. Ehhh.. sekarang ni orang dah tak pakai mulut, pakai taip je, jadi keyboard warrior.

Jangan lah kita menyokong masa menang sahaja, bagi semangat jika pasukan kita kalah. Adat permainan ada menang dan ada kalah.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zaquan diberi kesihatan yang baik. Semoga terus memberikan prestasi yang cemerlang untuk membantu pasukan menjulang piala kemenangan. All the best untuk Zaquan !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zaquan Adha by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..