” You’re glowing, so gorge0us.. ” – Anis Nabilah

Farah Nabilah Belanja Gambar Baby Bump. Wahhh Makin Berseri-Seri Mommy To Be Ni. Alahaii Tak Sabarnya Nak Tengok Si Comel Ni Nanti !!

Permulaan karier seni Farah Nabilah adalah menjadi seorang model, selepas itu Farah atau lebih dikenali dengan nama manjanya Fawa mengorak langkah ke bidang lakonan. Banyak drama dan telefilem pelbagai watak yang dilakonkan oleh Fawa.

Selain daripada lakonan dan menjadi model iklan komersial, Fawa juga pernah menjadi model beberapa video muzik untuk artis tempatan. Kemunculan Fawa dalam drama dan telefilem sentiasa ditunggu oleh para peminat kerana lakonannya yang mantap.

Umum mengetahui bahawa Fawa telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya seorang juruterbang yang bernama Muhammad Amirul Yunus. Perkahwinan yang dibina makin berseri dan bertambah bahagia kerana mereka bakal menimang cahayamata mereka yang pertama.

Terkini Fawa memuatnaik gambar terbaru di akaun instagram miliknya, gambar ini menampakkan baby bump nya. Makin bertambah manis dan berseri wajah bakal ibu ini. Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi gembira daripada rakan artis dan peminat-peminat Fawa.

Mari kita lihat gambar yang dikongsikan di bawah :

View this post on Instagram

Current fashion style : Anything that still fits 🤪

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Alahai Fawa, tak pernah lah tak cantik. Antara komen-komen peminat dan juga rakan selebriti :

” You’re glowing ! So gorgeous ! ” – Anis Nabilah

” MasyaAllah, congratulations Fawa.. ” – Daler Yusof

” Amin !!! ” – Jasmine Suraya

” Aww baby bump. You are so glowing!.. ” – Syamim Farid

” Cantik ye baby bump kak farah.. “

” Berserinya mommy to be. Semoga dipermudahkan segala Urusan.. “

” Cantiknye farah. Rindu lah nak tgk farah berlakon.. “

” Teringat cerita cik ng0kngkek. tahniah.. “

” Tabbarokkallah, semoga sehat selalu yah kak fawa Dan baby nya, amiinn.. “

Memang betul-betul cantik ibu mengandung ni, berseri-seri wajah. Semoga Fawa dan bayi sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan Fawa sekeluarga. Dijauhkan dari segala perkara-perkara yang tidak diingini. Tak sabarnya nak tunggu kehadiran si kecil ni..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..