” You kene tutup mata dengan lampin anak.. “

Video Achey Membuat Surprise Hari Lahir Untuk Isterinya, Ramai Yang Kata Bersemut !!! Alahai Untungnya Anne..

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang  musim pertama terbitan Saluran TV3.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Bersempena hari lahir isterinya Anne semalam, Achey telah memuat naik sebuah video berserta kapsyen ringkas di laman Instagram miliknya. rakaman video tersebut dilakukan oleh Achey di dalam keretanya. Menurut Achey, dia ingin membuat surprise untuk isterinya .

Achey : Okay Hari ni kita nak sambut birthday dia ….so kita tengoklah surprisenya ape ..

Apa yang menarik pada video tersebut adalah, isterinya Anne ditutup matanya dengan menggunakan lampin anaknya. Redha je Anne yer. Rata-rata peminatnya bertanyakan ke mana Achey membawa isterinya.

Anne : So saya kene tut0p mata dan ikut dia ke mana …

Achey : You kene tutop mata dengan lampin anak ….

Beruntungnya Anne kan..

Haa.. di bawah ini adalah  video tersebut. Jom tonton :

” Kita nak otw sambut besday dia…”

View this post on Instagram

Kita nak otw sambut besday dia… 💪💪💪

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Dalam entrinya yang lain, ini lah surprise yang Achey telah buat untuk isteri kesayanganya itu. Alahai sweetnya kan !!!

” Ini yang termampu saya lakukan dgn bantuan sahabat2 awak… happy birthday sayang… anne 21/4/2019 “

Rata-rata peminat Achey mengucapkan selamat hari lahir dan turut mendoakan kebahagian Achey dan isteri. Ini komen-komen mereka :

” Semoga bahaaagiiiaaaa “

” Happy birthday anne. Birthday kita same laa “

” Selamat hari jadi Anne, semoga Allah sentiasa, “

” Selamat ulang tahun Anne achey moga sentiasa sweet dgn achey till jannah “

” Bersemut lahhhhaiii. Moga diberi kebahagiaan dunia dan akhirat bersama keluarga ya “

Penghargaan untuk isteri dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya dengan mengadakan sambutan hari lahirnya juga akan membuat hati seorang isteri akan bahagia. Begitulah apa yang Anne rasakan.

Happy Birthday Anne. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga panjang umur dan bahagia sentiasa bersama keluarga tercinta. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..