” You are winner.. ” – Menggelab4h Rahim Yang Tengah Terlelap Apabila Tiba-Tiba Jep Angkat Tangannya Dan Umumkan Sebagai Pemenang.

Nasiblah Rahim, Dapat Kawan Kuat Menyakat. Tu Lah, Tidur Lagi. Tapi Serius Kelakar !!

Nama Jep Sepahtu dan juga Rahim tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca televisyen rumah anda. Masing-masing terkenal dengan lawak mereka yang bersahaja dan sangat mencuit hati penonton.

Di samping menghiburkan penonton-penonton di kaca TV, mereka juga turut menghiburkan pendengar di Radio Sinar dalam segmen Pagi Di Sinar bersama Angah. Lawak dan jenaka mereka memeriahkan lagi konti Radio Sinar.

Jika anda mengikuti Instagram Radio Sinar dan juga Jep Sepahtu, pastinya anda sering menonton video Jep yang gemar menyakat dan memperkenakan Rahim.

Lebih-lebih lagi jika Rahim terlelap atau tertidur di konti, Jep pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyakat sahabat baiknya itu.

Menerusi akaun Instagram Radio Sinar, Jep sekali lagi mengenakan Rahim. Rahim yang pada ketika itu hampir terlelap semasa perbincangan diadakan. Jep sempat mengira sampai 10 sebelum membuatkan Rahim terkej0t.

Jep kemudiannya tiba-tiba memegang dan mengangkat tangan Rahim dan membuat pengumuman ‘You are winner’.

Rahim yang pada ketika itu sedang mam4i terus menggelab4h kerana terperanj4t. Akhirnya semua yang berada di situ bergelak ketawa dengan apa yang terjadi. Aduiii serius kelakar masa ini.

Jom tonton video di bawah :

” Hahaha. Tak tahu pulak ada orang terkej0t bila diumum sebagai pemenang.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat 2 orang kawan baik ini. Antara komen-komen netizen :

” Asik tido jer abg im ni.. tolong laaaa cergas sikit abg immmm hahaahaha.. “

” Sian member, tak cukup tido.. maklom la bini 2 kann. Hehehe.. “

” Jah4t lah @jepsepahtu selalu kacau org tengah bermimpi.. “

” Nyakat org jer la keje ngko @jepsepahtu. Hahaha.. “

” Hahahaha cantik corak permainan disitu @jepsepahtu.. “

” Hahahahaha berdekah aku ketawa.. “

” Pen4t dah aku tengok @rahimr2 asyik tido je. Hahaha.. “

Macam ini lah kawan baik. Mesti ada gurau senda, sakat menyakat. Baru lah happeningkan. Jep kalau sehari tak menyakat Rahim memang tak tenang hidup dia. Ada saja idea dia nak perkena Rahim. Hahaha..

Nak cari kawan memang senang. Tapi nak cari sahabat yang sentiasa ada waktu kita susah dan senang itu sangat payah. Semoga persahabatan dah hubungan silaturrahim ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

Ada tak kawan korang yang kuat menyakat macam Jep ni ? Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah kepada Jep atas kemenangan di Anugerah MeleT0P Era baru-baru ini. Semoga terus berjaya dalam karier.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar, Jep Sepahtu by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..