” Yoe ajak Bella couple.. “

Video Yoe Parey Cakap Suka Pada Bella Astillah. Lihat Reaksi Yoe Bila Bella Cakap Suka Pada Yoe Sebab Dia Comel. Amboiii.. Bukan Main Lagi Yer Yoe !!

Nama jejaka yang bernama Syahmi Sazli ini semakin meningkat naik dan menjadi sebutan ramai dan di media sosial. Syahmi adalah antara youtubers muda Malaysia yang mencipta nama dan menghasilkan video-video pendek di Youtube dan videonya sering mennjadi trending.

Video pendek hasil karya Sayhmi yang berasal dari Kelantan ini penuh dengan mesej yang tersurat dan juga tersirat walaupun video yang dihasilkan itu kadangkalanya kelihatan sangat santai. Namun ianya sampai ke hati penonton. Difahamkan Syahmi mula berkecimpung dalam pembikinan video pendek ini sejak tahun 2016.

Apa yang menariknya, Syahmi mengetengahkan bakat remaja aut1sm yang kini sudah popular yang bernama Asif Suhaimi dan juga Yoe Parey. Gelagat mereka yang sponton dan berlakon tanpa skrip sangat mencuit hati dan membuatkan ramai yang terhibur.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi berkongsi sedikit video rakaman terbaru lakonan Yoe Parey dan juga selebriti comel, Bella Astillah. Dalam video yang berdurasi 1 minit itu, Yoe mengatakan dia suka pada Bella. Tengok reaksi Yoe apabila Bella cakap sukakan Yoe sebab Yoe comel sangat. Alahai, serius betul-betul comel Yoe ni, bukan main lagi yer !!

Jom tonton video di bawah :

” Yoe ajak Bella couple.. @yoe_parey @bellaastillah.. “

Rata-rata netizen terhibur menonton video yang dikongsikan oleh Syahmi ini. Antara komen-komen netizen :

” Yoe ni lurus orgnya.. tapi dia bijak. masa sy nak amik pic dia ngan ank ank sy , terlebih dahulu dia mintak izin dgn syahmi. pandai dia bwk diri.. good2.. “

” Aku suka giler tengok yoe ni. Dia sentiasa ceria. Semoga Allah memberi kan kesihatan yg berpanjangan buat yoe… utk yoe menghiburkan kitorang lagi.. “

” Yoe ni walaupun dia istimewa tp nampak dia ni jenis seorang yg beradab.. “

” Hahahaha lawakkk. Baru tengok kat youtube. Latest dramaa. Tak sampai brape jam, view nak reach 1 juta tontonan. Memang powerr laaa.. “

” Habis la alif… yoe sa1lang dh. Hahahahah yue memei comey.. “

” P0lis jadi dh, cikgu pom jd dh, play b0y pom jd dh, smua dh dh lepas ni gpo pulok yoe haha.. “

” Harapkan pagar.. Pagar makan rumput. Lain mcm yoe kali ni @syahmisazli.. “

Alahai comel betul Yoe ni. Nampak macam pemalu tapi boleh tahan juga yer part meng0rat tu. Bella pun layan je, memang sporting sangat. Apa-apa pun ini hanya lakonan sahaja. Terima kasih buat Syahmi yang mengetengahkan bakat remaja istimewa seperti Yoe dan juga Asif. Teruskan berkarya dan menghiburkan semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..