” Yeaayyyy terkant0i sudah. Hint besar tu.. ” – Netizen

Video Pengakuan Hael Husaini Tentang Hubungannya Dengan Dayang Nurfaizah. Ehem Ehem Sweet Sungguh Ayat Hael Ni. Kompang Nak Berbunyi Tak Lama Dah Ni !!

Penyanyi dan komposer Hael Husaini cukup terkenal dan mempunyai pengikut setianya yang tersendiri. Nyanyian dan lagunya menjadi siulan ramai setiap kali dilancarkan. Hael juga mencipta lagu Anta Permana yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Hael pernah berduet dengan penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah menerusi lagu Har4m. Gandingan ini menaikkan nama mereka sebagai pasangan duet serasi. Sejak itu hubungan mereka semakin akrab dan mula menjadi usikan peminat.

Di mana ada Dayang, pasti di situ juga akan ada Hael. Sering bersama menghadiri sebarang event dan majlis khas, kelibat merpati dua sejoli ini pasti menjadi tumpuan. Sekalipun antara keduanya tidak pernah mengesahkan status hubungan mereka, namun kemesraan mereka seolah-olah seperti pasangan bercinta.

Menerusi akaun Instagram Eastzue, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hael menjadi tetamu jemputan di konti Suria FM menerusi segment pagi bersama Team Pagi Suria. Penyampainya Ajak Shiro, Issey Fazlisham dan Fizi Ali meng0rek rahsia perhubungan Hael dengan Dayang dan terbongkarlah satu pengakuan daripada Hael.

Jom tonton video di bawah :

Jawapan spontan daripada Hael ini membuatkan suasana konti jadi riuh. Wah wah berjaya juga Issey provoke Hael sampai kant0i dan ini mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen :

” Wah ni another level of sweetnesses. Bertuah badannn.. “

” Yeaayyyy terkant0i sudah. Hint besar tu.. “

” Tak terkeluar dgn kata2. Semoga HaeYang berjodoh Aamiin.. “

” Dari Bujang, akan he fasa seterusnya sama 2 seiringan mencapai bintang.. “

” Tak terkata hael kena sakat.. “

Wah jawapan Hael tu macam menggambarkan hubungan ‘Haeyang’. Andai benar Hael dan Dayang sedang menyulam kasih, semoga dipermudahkan untuk ke fasa perkahwinan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat dua bintang kesayangan ramai. Semoga Hael terus berjaya dalam kerjaya dan berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayang Nurfaizah, IG Hael Husaini, IG Eastzue

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..