Yatie Sendayu Tinggi Dedah Pernah Kena Halau Dengan Bonda Rozita Ibrahim. Tak Sangka Ini Sebabnya !!

Menerusi akaun Instagram, usahawan produk Sendayu Tinggi, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi mengimbas kisah di zaman kanak-kanaknya bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.

Kakak sulung kepada pengasas produk terkenal Dato’ Aliff Syukri ini mendedahkan beliau penah dihalau oleh Bonda Rozita disebabkan mencuri duit 50 sen milik ibunya itu gara-gara ingin membeli gula-gula seperti yang dimakan oleh kawan-kawannya.

Jika anda mengikuti blog rozitaibrahim.net, pasti anda tahu akan kisah ini. Untuk pengetahuan semua, Bonda Rozita bersama bekas suaminya yang pertama iaitu Allahyarham Haji Kamarzaman iaitu ayah Dato’ Aliff dan juga Puan Yatie dan juga anak-anak pernah hidup susahsatu ketika dahulu sehingga melakukan pelbagai jenis kerja untuk menampung kehidupan seharian.

Baca perkongsian Puan Yatie di bawah :

” Masa kecik mana kita ingat sgt kan apa yg berlaku. Tapi cerita yg @bondarozitaibrahim share dlm blog ni mmg tak blh lupa. Nak2 tang kena halau tu. Meraung oiiii kat luar. Sampai bila2 la x lupa.. “

” Arw4h adik Kak Yatie kesian, dia buka kan pintu depan suruh Kak Yati masuk rumah. Tp kena halau balik dgn mak.. “

” Bila pikir balik kan, pintu dapur ternganga je pun. Apahal la x masuk ikut situ. Patut la mak ckp Kak Yatie mcm arw4h abah bendulnya.. “

” Yg mengikut si Uzma. Kalau nak menipu tak payah la berharap sgt. Habis semua rahsia pecah kalau kena soal siasat. Hari tu kena dend4 keluar rumah pun dia x masuk ikut pintu dapur yg tersedia terbuka.. “

Di bawah adalah kisah penuh yang dikongsikan oleh Bonda Rozita di blognya :

Yati sudah masuk tadika… Sebulan kalau x salah sy bayarannya RM 60.. Umurnya sudah 6 tahun.. Senang sy menguruskan Yati masa kecil.. Sifat berdikarinya dan x susah dihantar ke sekolah tadika.. Pastinya dia x menangis..

YATI ANAK HEBAT DI MATA SY.. UMURNYA 9 BULAN DIA SUDAH PANDAI BERCAKAP.. X PELAT LANGSUNG.. ada 2 perkara yg sy xlupa…. Sewaktu dia kecil dan  cara sy  mendidiknya… Dan sering sy ceritakan padanya…

Sy halau dia dari rumah kerana curi duit 50 sen.. Mmg x banyak kan..???.. Masa tu kalau x salah sy dia ke sekolah dan sy mengira duit tabung sy kurang 50 sen.. Bila dia balik sekolah sy tanya..” Yati ada ambik duit mak x ?? ”

Dia mengaku “ Yati ambik nak beli gula2 masa balik sekolah sebab yati tengok kawan2 makan nampak sedap jer mak..

Sy mar4h dan puk0l Yati dan sy ambik baju sy hal4u dia lepas balik sekolah tu.. Dia sgt takut dan berjanji xkan buat lagi..

Yati : “ Ampun Mak… Ampun Mak.. Yati x nak curi duit lagi dah.. Yati x nak keluar rumah.. Yati xde tempat tinggal… Ampun mak… Yati takutttt…”

Sy : Pergi… keluar dari rumah ni, Mak malu anak pandai curi duit ! Nanti kalau dah keluar rumah, klu sesat jln  pandai2 lah  yati cari makan.. Biar dia pandai sgt mencuri duit nanti Polis tangkap.. Mak x nak tolong !!!

Mengigil2 Yati ketakutan teramat sgt masa sy hal4u dia tu.. Sy ketawa dan kesian sbb dia mengigil dan terlalu takut.. Tujuan sy berbuat begitu supaya dia besar jgn menipu.. Jangan mencuri.. Jujur walaupun salah..

Sekali pun susah atau lapar atau teringin sgt macam mana sekali pun.. Menipu dan mencuri ini jgn sekali-kali dia buat.. Kerana itu bermulanya  asas  akhlak yg rendah…

Ke 2 : Dia balik sekolah bawa tin kosong.. Dgn seronok sekali dia menjerit dari jauh.. Rumah kami bawah bukit.. Dia berlari atas bukit dan termengah2 mencari sy..

Yati : Mak oooo Mak tengok ni apa Yati bawa ni… Yati nak tolong Mak cari duit.. Boleh kita jual nanti… (sy intai dari tingkap.. siap ko Yati ya.. Nak mar4h dah sy masa tu)..

Sy :  Mana Yati dapat tin minyak  hitam motor (tuti) ni.. Setahu Mak kat kantin felda..?? Tempat bak4r sampah yg org buang tu kan T..??.. (sy menyoal  sebelum saya nak puk0l  Yati)..

Yati : Mak kan kerja dgn abah… Yati pun boleh cari duit kan Mak.. Yati nak tolong Mak.. Kita jual Tin ni.. Kumpul tiap hari.. (sedih, sebak, bangganya sy melihat dan mendengar semangat Yati masa tu.. x jadi sy mar4h.. Sy sorok tangisan dn perasaan sy)

Sy : Yati tau x kat longgok sampah tu ada kaca, paku dan macam2 ada.. Kalau luk4 Mak susah.. Yati s4kit.. Bukan boleh jual tin ni.. X laku.. Kalau boleh jual org x buang T.. (sambil menasihatinya)… 

Yati berlalu sahaja terus ke dapur nak makan.. Sy ketawa kecil melihat keletah Yati yg setia menolong..

Kepada pembaca sekalian.. Rupanya sifat anak2 ni dari kecik dh boleh nampak kesungguhannya, setia, baik buruknya dgn kita.. Bila Yati remaja sifat2 murni dalam dirinya kekal sehingga kini.. Dia matang dan sgt ikhlas semua sudut..

Jika anda teruskan follow blog sy… Sy akan ceritakan bagaimana sifat Yati sebelum kahwin yg sgt selekeh dan pakaian ala2 tomboy.. Anti lelaki..

Sy bergad0h2 mendidik asuh dia supaya jadi feminin.. Akhirnya siapa yg kenal rapat dgn dia mmg sgt terkejut melihat dia yg angun2 gitu .. ha ha ha..

Terima kasih Bonda Rozita atas perkongsian ini. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jika tidak mendidik anak daripada kecil, takut bila besar nanti kita yang akan menyesal dengan sikap mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Yatie Sendayu Tinggi, Rozitaibrahim.net by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan