” Yang feeling Nabila Huda tu aku ingat Jihan Muse.. “

Nad Zainal Berkongsi Video Parodi Yang Telah Dibuat  Seperti Video Yang Dimuat Naik Olehnya Sehari Yang Lalu. Ramai Yang Kata Sama. Tapi Sayangnya…

Farah Nadia binti Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy.

Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Nad juga menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016.

Pasti ramai yang mengetahui Nad Zainal dan beberapa rakan artis yang lain iaitu Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad bercuti di Bali, Indonesia. Turut menyertai percutian tersebut adalah beberapa rakan yang juga bergelar Instafamous.

Sehari yang lalu, Nad Zainal telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya. Video tersebut ringkas sahaja tetapi menarik kerana wajah-wajah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Jihan Muse, Sherry Al-Hadad dan Liza Abdul memenuhi ruang skrin rakaman video tersebut.

Terbaru, Nad Zainal telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Sekali seimbas video tersebut seperti pernah dimuat naik oleh Nad Zainal sebelum ini. Tetapi sebenarnya sangkaan itu sememangnya salah. Video yang baru dimuat naik oleh Nad Zainal itu adalah video parodi daripada video yang sebelum ini.

Ini screenshoot daripada video parodi tersebut.

Dan ini adalah dari video asal.

Tapi sayangnya seorang lagi artis tidak lengkap dalam video parodi tersebut. Tak de siapa yang nak jadi Jihan ke ?

Jom tengok video parodi di bawah ini :

” Eh!! Ada parodi !!! Thank you ‘Nad Zainal’ mata kita sama.. “

Rata-rata netizen terhibur dan mengatakan ada yang hampir sama dengan artis yang dibuat parodi itu. Ini komen-komen mereka :

” Beria aku tengok muka ssorg.. 2 3x sekali rupanya klon je.. hhaha!!

” Sayang jihanmuse x ada.. “

” Dekat 5 minit hadap  and play ulang2.. “

” Hahaha pnyy lucuuu.. “

” Yg nabila huda muka mcm jihan.. “

” Yg feeling nabila huda tu aku ingat jihan muse.. “

” Laaa smpi xperasan parodi rupnye, skli imbas mmg cmm korg.. Jenoh sis belek.. “

Ini video asal yang dimuat naik oleh Sakinah sehari yang lalu di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Bergambar means war kalau dengan diorang ni

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Haa.. korang yang dah tengok rasa sama tak ?. Ada je mereka ni kan untuk menghiburkan diri masing-masing. Biasalah hidup tidak seronok kalau serius sahaja. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua artis di Malaysia ini terus maju jaya dalam bidang mereka. InshaAllah.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Nad Zainal  by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..