” Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa.. ” – Datin Mastura Yazid

Akhirnya Ibu Wan Emir Astar, Datin Mastura Yazid Bersuara Tentang Isu Tarikh Nikah Dengan Mira Filzah. Alhamdulillah Dah Tak Lama Nampaknya !!

Semakin hang4t nama penyandar anugerah Ratu Telenovola 2019, Mira Filzah diperkatakan. Tersebarnya berita mengatakan Mira bakal berkahwin dengan anak kepada orang kenamaan pada awalnya September namun disebabkan wabak C0v1d-19, ianya terpaksa diubah tarikhnya.

Orang kenamaan yang dimaksudkan adalah Datin Mastura Yazid, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas-Tugas Khas ). Anak sulungnya Wan Emir Astar menjalin hubungan istimewa bersama Mira Filzah dan merupakan seorang arkitek.

Ianya mula diperkatakan apabila Mira bersama Emir menghadiri majlis perkahwinan Farah Nabilah. Kemesraan mereka menjadi tanda tanya kepada peminat. Tambahan lagi Mira sendiri memberitahu sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka yang bukan daripada golongan orang seni.

Menurut laporan daripada Portal Harian Metro, Datin Mastura Yazid mengesahkan berita tentang pertunangan anaknya itu dengan Mira Filzah. Memberitahu mereka sudahpun mengadakan perjumpaan antara kedua-dua buah keluarga, perkahwinan itu bakal berlangsung tahun ini.

Meninjau akaun Instagram TheKaripop, turut sama berkongsikan keratan berita hang4t tersebut. Sekian lama berteka-teki, akhirnya hubungan ini bakal ke jinjang pelamin. Peminat setia Mira pasti gembira dengan berita daripada Datin Mastura ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Alhamdulillah, akhirnya pengesahan daripada Mira dan keluarga Emir terkeluar juga. Semenjak bertiupnya khabar angin ini, ini adalah kali pertama Datin Mastura membuat pengakuan. Mira sendiri juga tidak terlalu terperinci bercerita tentang pertunangannya.

Ditanya tentang majlis kahwin juga, hanya dikatakan dalam persediaan awal. Namun kini semuanya sudah pasti cuma menanti diumumkan tarikhnya sahaja lagi. Semoga semua urusan Mira dan Emir untuk mendirikan masjid dipermudahkan dan berjalan lancar. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Thekaripop, IG Datin Mastura Yazid, IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar, Portal Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..