” Ya ampunnnn, kuat sangat suara tu mengira.. “

Video Siti Aafiyah, Anak Datuk Siti Nurhaliza Sedang Mengira Buat Ramai Terhibur. Wahhhh.. Cepatnya Aafiyah Dah Pandai Mengira !!!

Tidak perlu diperkenalkan lagi penyanyi Nombor 1 di Malaysia ini. Sebut sahaja Datuk Sri Siti Nurhaliza, pastinya ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja memiliki kecantikan semulajadi, malah sikapnya yang lemah lembut dan bercakap penuh sopan ini menjadikannya sangat disenangi untuk didekati.

Umum mengetahui Datuk Sri Siti Nurhaliza telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Siti Aafiyah. Keletah Aafiyah yang manja dan bijak, membuatkan ramai yang terhibur.

Kehadiran Aafiyah sangat memberi makna kepada keluarga Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya hadirlah Aafiyah sebagai penyeri dan keceriaan. Anugerah terindah yang tidak ternilai buat keluarga ini.

Menerusi laman Instagram Kanak-kanak Channel sebuah video Aafiyah telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aafiyah sedang belajar mengira. Kedengaran suara ibunya Datuk Siti Nurhaliza sedang membantu anaknya itu mnyebut nombor-nombor tersebut.

Apa yang menariknya Aafiyah telah membacanya dengan suara yang agak kuat. Kedengaran nombor-nombor yang disebut oleh Aafiyah begitu laju dan terlangkau-langkau. Comel sekali melihat aksi Aafiyah yang teruja membilang dan begitu juga Datuk Siti yang mendengarnya turut ketawa.

Di bawah ini adalah aksi Aafiyah membilang nombor-nombor.

Di bawah ini adalah video tersebut :

” Aafiyah dah pandai mengira @ctdk #aafiyah #aafiyahanakibu.. “

Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah. Ini komen mereka :

” Comel mcm anak saya.. “

” Slm aafiyah.. sebutan tu bunyi nak pi lolah (sekolah) bgs la dia pndi kira.. “

” Comel sangat aafiyah.. “

” Kuat suaranya, comel je.. “

Melihat anak-anak membesar dengan baik dan ceria sememangnya menjadi kebahagiaan kepada setiap ibu bapa di dunia ini. Begitu juga dengan Datuk Siti Nurhaliza. Pastinya beliau ingin berikan yang terbaik untuk anaknya kesayangannya itu.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah terus membesar dengan sihat dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Kanak Kanak Channel by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..