” Ya Ampunn sama la, Bell pinjam baju Jabir Meftah ke “

Video Parodi MeleT0P Dari Bell Ngasri, Ramai Yang Cakap Kel4kar G1la. Tak Pernah Tak Lawak Bell Ni Tau !!

Nasrizal atau Ngasrizal Ngasri juga dikenali sebagai Bell merupakan seorang pelakon, pengacara dan pelawak Malaysia.Bell merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.

Mengimbas kembali sejarah pembabitannya dalam industri seni, Bell bersyukur kerana laluan untuknya melangkah masuk ke dunia lakonan sedikit mudah memandangkan ayahnya, Ngasri Sain adalah personaliti terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bukan dia seorang, bahkan adik-beradiknya yang lain seperti Naszeli, Nasreen (Darling) dan Nasriah (Anne) juga memperoleh peluang yang sama untuk bersaing menunjukkan bakat lakonan masing-masing di pentas seni lakon tempatan tatkala umur mereka masih mentah seawal usia enam tahun.

Beri sahaja apa jua watak, nescaya peranan yang diamanahkan mampu dibawa dengan baik oleh adik-beradik Ngasri termasuklah Bell yang ketika kecilnya cukup dikenali menerusi drama bergenre sedih dan kekeluargaan.
Tahun demi tahun berlalu Bell masih lagi bertahan dalam dunia seni.

Bila sebut sahaja Parodi, bermakna dua wajah pelawak yang selalu bermain di mata adalah Jihan Musa dan Bell Ngasri. Dua wajah ini, ada sahaja idea mereka.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Bell Ngasri telah memuat naik sebuah video Parodi. Kali ini Bell membuat Parodi berkaitan dengan Anugerah Meletop Era . Nampaknya Bell Ngasri memakai baju yang sama coraknya dengan Jabir Meftah. Bell pinjam yang Jabir Meftah punya ke ?

(Gambar : Jabir Meftah Di Malam AME 2019 )

Cuba tengok Bell pakai baju bercorak apa.. sama kan dengan Jabir Meftah. Ad0illa Bell.. lawak!!

Sedikit sedutan dari video parodi tersebut :

Bell Ngasri : Agaknya bila giliran saya ?

Pemuda : Lambat lagi !!!

Bell Ngasri : Lambett lagi.. dah nak habis rancangan.. dah hujung2 .. kau boleh cakap lambettt lagi..

Bell Ngasri : Aduhhh.. lambettt lagi.. aku pun asher jugak… tapi tak la macam asher tu.. asher tu bukan asher–asher

Aduhhh..macam-macam yer Bell..

Haa.. jom tengok video parodi dari Bell ni… boleh la jadi terapi stressss..

” Bila agaknya giliran saya… ” 

View this post on Instagram

Bila agaknya giliran saya… #parodimeletop

A post shared by Bell (@bellngasri) on

Rata-rata peminat Bell Ngasri merasa terhibur setelah melihat parodi darinya itu. Ini komen-komen mereka .

 ” Lu mmg lejen bell… Pehal xmasuk kategori pelawak meletop adoi… Tolong bls komen aku.. Penad siak komen haa “

” Bell ngasri yg sy kenal dr zaman kecik smp skrg tak kering gusi pandai buat lawak… sy peminat kamu sememangnya suka “

” Tapi kalau bell berlakon watak serius, serius best gile vavihhh. “

” Aku pun terikut bila Bell jegil2 mata bercakap. “

” Hahhaahha. Bell.. Lawak la.. “

” Hahaha.. lawak betul.. klu stress gam kje tgk parodimeletop bell mesti ilang skejap stress.. “

Begitulah kalau Bell buat parodi, pecah perut jadinya . Tahniah Bell.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Bell terus berjaya dalam bidang seni. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Bell Ngasri, Jabir Meftah by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..