” Ya Allah l0klak sungguh. Padan muka Pak Azad !! “

Azad Jasmin Buat Hal Lagi Sampai Di Tahan Pihak Berkuasa Jalan Raya. Bila Di Selidik Rupa-Rupanya… Bertabahlah Pak Azad !!!

Azad Jasmin John Louis bin Jeffri atau nama komersilnya Pak Azad bukan nama baru dalam dunia seni. Pelakon filem Nana Tanjung ini sememangnya seorang yang cukup lawak dan suka berjenaka. Beliau juga menjayakan filem seram komedi berjudul Ngangkung bergandingan bersama Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak.

Pak Azad telahpun berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 2011 yang lalu. Hasil perkahwinan ini, Pak Azad dikurniakan tiga orang cahayamata perempuan diberi nama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Pak Azad dilihat banyak membuat perkhidmatan produk review di akaun sosial miliknya.

Boleh dikatakan setiap video Pak Azad semuanya kelakar dan buat penonton tidak kering gusi. Bukan hanya produk peralatan rumah, malahan produk kosmetik juga memburu khidmat Pak Azad. Memiliki pengikut di Instagram seramai 1.1 juta orang membuatkan nama Pak Azad tidak pernah sunyi dari dunia hiburan.

Menerusi akaun Instagram, Pak Azad telah berkongsi satu video di mana beliau bersama anaknya Amarra Sofea Rose ditahan oleh pihak polis kerana terlupa membawa lesen memandu. Kelihatan juga kereta-kereta lain yang turut membuat kesalahan jalan raya berhenti di tepi jalan.

Jom tonton video di bawah :

” Padan dengan muka aku, padan muka aku tak bawak licence kereta pasaipa pak azad oi… Ini pengajaran hahahah.. “

” Credit to : traffic @pdrmsia_official and @jpjmalaysia kerana menjalankan tugas dengan adil dan tegas tak kira artis ka sapa ka salah kena la.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Pak Azad ini. Antara komen-komen netizen :

” Padan muka pak azad !.. “

” Awat hang tak bawak lesen pak azad ooii.. Tak pa na.. Janji pak azad jujur.. “

” Terbaik pak azad.. Rules is rules walaupun salah dia tetap tak lawan and ngaku salah dia and siap post lagi salah dia tak bawak lesen hehe.. Sebagai pengajaran untuk kita semua jugak. Have a nice day… “

” Azad ni lawak bod0h dia pun still yang salah tetap dia kata salah, yang benar dia puji and ajar ank dia yang baik-baik. Terbaik pak azad.. “

” Ya Allah l0klak sungguh.. “

” Pegi amik anak sekolah dekat-dekat pon jangan lupa bawak lesen ye.. “

” Dapat surat cinta arrr pak.. @azadsyazirarose.. “

Bagus sungguh sikap yang Pak Azad tunjukkan pada anak-anaknya. Walaupun dirinya penuh lawak jenaka, namun sisi lain sikap Pak Azad yang bertanggungjawab memang harus dipuji. Salah tetap salah walau siapapun kita, ayat paling win dari Pak Azad.

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah di atas sikap prihatin Pak Azad dalam memperingati pengguna jalan raya lain dan moga di lain kali Pak Azad tak lupa bawak lesen memandu lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PakAzad by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..