” Ya Allah comelnya. Sebijik, copy paste Lofa.. “

Kembar Neel0fa, Adik Naura Auni Datang Set MeleT0P, Tarik Perhatian Ramai. Alahai Memang Sebijik Sama, Comel Sangat !!

Pasti kita pernah mendengar kepercayaan tentang bahawasanya, di dunia ini kita memiliki tujuh orang ‘kembar’ wajah yang seiras kita. Walaupun tiada siapa yang boleh mengesahkan, namum hakikatnya memang ada seseorang itu mempunyai wajah seiras walaupun hakikatnya tiada pertalian dar4h.

Baru-baru ini, tersebar melalui laman media sosial Twitter, seorang wanita telah berkongsi  gambar anak saudaranya yang kini baru berusia lima tahun yang raut wajahnya saling tidak tumpah seperti selebriti terkenal iaitu Neelofa, atau nama sebenarnya  Noor Neelofa Mohd Noor.

Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu bernama  Naura Auni. Adik Naura Auni ini telah mendapat perhatian netizen yang begitu kagum akan  melihat persamaannya dengan Neelofa. Paling menarik, Neelofa juga turut mengakui persamaan yang dimilik oleh mereka berdua.

Dengan gaya bertudung, senyuman dan adanya kedudukkan tahi lalat yang sama membuatkan pada sesiapa yang melihat juga sangat kagum dengan ciptaan yang dikurniakan oleh Allah ini. Adik Naura Auni ni juga telah diberikan gelaran ‘mini Neelofa’ kerana saling tidak tumpah seperti Neelofa.

Menerusi instagaram, pihak produksi Melet0p telah menjemput adik Naura Auni ini ke set Melet0p untuk berjumpa dengan pengacara program itu iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad. Setibanya Adik Naura Auni itu di set tersebut, ramai yang begitu teruja terutamanya Neefola sendiri kerana berjumpa secara terus dengan ‘kembarnya’ .

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Adik Naura Auni macam @neelofa kecik kecik dulu! Besar besar nanti jadi macam Kak Lofa ok, Kak Lofa 2.0 hehehe #MeleT0P.. “

Rata-rata peminat yang menonton video tersebut begitu kagum dan teruja akan persamaan antara Adik Naura Auni tersebut dengan Neelofa. Antara komen-komen tersebut :

” Seiras… x heran.. kita kan ada 7 muka seiras dlm dunia ni.. konon .. sya dgr org ckplh.. wallahualam.. apa pun klu Allah nk jdkn serupa pun.. Allah berhak.. “

” Hahahaha.. nabil sape mak kau ni sebnarnya.. “

” Sama .. mmg serupa.. “

” Ya Allah comelnye.. sebijik.. “

” Perghh copy paste lofa.. haha.. “

” Haahlah… msti time ngndung kenan kt lofa.. “

Tudiaa !! Memang sebijik adik oi. Anak sapa ni ? Comel sungguh.. Besar nanti mesti segak macam Neelofa. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak juga turut mengakui bahawa adik Naura Auni ini sememangya ‘mini Neelofa’  versi Neelofa kecil-kecil dahulu.

Kami dari Berita Kopak juga turut berkongsi dengan anda, video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE.

Sumber : IG MeleT0P, Youtube MeleT0P by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..