” Ya Allah, comelnya. Indahnya ciptaan Allah.. “

Masihkah Anda Ingat Dhuhaa Sophea, Bayi Paling Cantik Di Dunia ? Ini Wajah Terbarunya Bersama Adiknya Amiraa Yang Juga Sangat Comel !!

Si comel kacukan Malaysia dan Russia, Dhuhaa Sophea Stumbrys mula menjadi sebutan di media sosial ketika dia masih bayi lagi. Dhuhaa Sophea digelar oleh netizen sebagai bayi paling cantik di dunia kerana memiliki bulu mata melentik, hidung mancung dan berkulit putih merah.

Dhuhaa Sophea dilahirkan pada 29 September 2016 di Stockholm, Sweeden. Ibunya, Siti Safuraa Hamzah sering berkongsi foto Dhuhaa Sophea di akaun Instagramnya dan mendapat perhatian netizen pada awal tahun 2017 sehingga menjadi viral.

Kecomelan Dhuhaa Sophea dengan matanya yang bulat menyebabkan ramai netizen menyangkakan yang gambar tersebut telah diedit. Tetapi ternyata ia adalah wajah sebenar Dhuhaa Sophea. Terkini, Dhuhaa Sophea kinii berumur hampir 3 tahun.

Menerusi akaun Instagram, ibunya sering berkongsi gelagat Dhuhaa Sophea yang comel dan mencuit hati. Yang terbaru, Dhuhaa Sophea mempunyai seorang adik perempuan yang  bernama Amira Al-Imaan. Kecomelan adiknya saling tidak tumpah seperti kakaknya.

Di bawah adalah beberapa video dan gambar Dhuhaa Sopheaa dan juga adiknya yang dikongsikan oleh ibunya di akaun Instagram miliknya :

” With her favourite book. Jom kita teman kakak Sophea membaca sambil layan Amiraa “

” Sophea ajuk adik dia h1ccup. Pastu Amiraa wat muka annoying. Dalam hati dia  ” eh dia ni.. dah ajuk kita, ada hati nak c1um2 pulak “.

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar terbaru Dhuhaa Sophea dan adiknya Amiraa yang comel :

” Sisters. “

” Anak apaaakkk “

” Ootd ke?? “

” Tak lama lagi, adik dah boleh share baju ngn kakak la ni.. “

” Kakak Sophea mar4h-mar4h sbb nak dukung (angkat) adik dia tapi mommy ngan daddy tak bagi. Dia ingat adik dia ni anak patung agaknya.. “

” Dia tak tahu adik dia tu dah 6kg dah nk sama besar dengan dia. Last-last bagi riba kan je.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan dua beradik ini. Antara komen-komen netizen:

Comelnya dua beradik ni “

” Subhanallah… comelnya mcm anak patung bergerak ja “

” Amiraa ni murah senyuman ikut mommy… kakak sophea ikut daddy… senyum dalam hati… ala2 supermodel gitu… “

” Sis beranak ramai pun tak ape.. sbb confirm anak semua Comel2 “

” YaAllah.. cantik betul dua beradik ni.. mata tu …. Allah… cantik sgt… akak pegnen skrg.. harap2 terkenan la . nak baby girl mata cantik mcm dua beradik ni “

” Hey budak kecik…. comeynya ko… uncle gigit pipi ko nanti tau… pandai sangat tu nk bercakap ya. “

” Sophea makin tanned makin lawa… “

Alahai comel betul Dhuhaa Sophea dan adiknya, Amiraa lebih-lebih lagi part mata tu. Kedua-duanya mempunyai mata yang cantik. Kalau ditenung lama-lama, boleh cair dibuatnya. Confirm !!

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dhuhaa Sophea dan adiknya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat dan bijak serta berjaya dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctsafuraa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..