Wowww… Fasha Sandha dan Aidil Aziz dapat tawaran tajaan wedding di KL bernilai RM 200K..

Siapa Penaja Itu Ye ? Status Di InstaStory Fasha Telah Ded4hkan Hal Ini. Beruntungnya Fasha Dan Aidil !!! 

Nur Fasha Sandha Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah pun mendirikan rumahtangganya hujung Mac yang lalu bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kali kedua untuk Fasha.

Dalam beberapa minggu ini, perkahwinan mereka menjadi perbualan hang4t di media sosial sama ada di laman Facebook mahupun Instagram. Pasangan bak pinang dibelah dua ini nampak sangat serasi di antara satu sama lain.

Benarlah kata pujangga ‘ kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian untuk berusaha menjadikannya kenyataan’. Begitulah kebahagiaan antara Fasha dan Aidil sangat menjadi sumber inspirasi ramai.

Terserlah sinar kebahagiaan pada wajah merpati dua sejoli ini. Rata-rata peminat mendoakan perkahwinan kedua Fasha ini berkekalan sehingga ke Jannah. Walaupun tidak mewah, namun perkahwinan mereka nampak meriah dan cantik dengan seri pengantin terserlah di wajah kedua mempelai ini.

Terbaru menerusi InstaStory, Fasha telah memuat naik statusnya. Status tersebut menyatakan Fasha dan Aidil  ditawarkan tajaan perkahwinan bernilai 200K di Kuala Lumpur. Ada seseorang yang telah menghubungi Aidil sendiri dan juga keluarga Fasha untuk menawarkan tajaan itu.

Walaubagaimana pun, menurut Fasha, dia sudah tiada mood untuk meraikan majlis perkahwinan itu . Tambahnya lagi, dia merasa m4lu kerana jumlah tajaan itu sangat besar nilainya.

Namun begitu, ayat terakhir dalam statusnya  menyatakan, sekiranya dia berubah fikiran, dia akan menghubungi semula. Fasha sangat berterima kasih kepada yang menawarkan tajaan perkahwinan untuknya dan suami.

Di bawah ini adalah Screenshot dari InstaStory Fasha Sandha.

Wah.. bertuahnya Fasha dan Aidil kan ?? Ramai yang sayangkan mereka. Kami dari Berita Kopak mendoakan Fasha dan Aidil terus dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke jannah Allah. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fasha Sandha, Aidil Aziz by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..