” Woww.. Sedap suara abang Zul.. “

Zul Yahya Kongsi Video Menyanyi Di Sebuah Majlis Perkahwinan Buat Ramai Tak Sangka Suaranya Sangat Merdu. Part Rambut Kena Angin Tu Paling Mahal. Hehe..

Zul Yahya, 47, seorang pelakon dan pelawak  yang dahulunya telah memulakan kerjaya sebagai pelakon remaja era 1990-an dan terus popular menerusi siri-siri komedi keperwiraan pada era 2000-an. Zul sering digandingkan bersama pelawak wanita seperti Sharifah Shahirah, Siti Fazurina dan Noorkhiriah Ahmad Shapie.

Namun kini, Zul yang dahulunya popular menerusi siri drama Pepaya tidak lagi aktif dalam dunia lakonan. Zul lebih banyak menghabiskan masannya dengan aktiviti dakwah dan keagamaan. Selepas meninggalkan dunia lakonan nampaknya Zul Yahya giat mendirikan perniagaannya iaitu kedai makan.

Selain daripada itu, Zul juga mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama “ZulYahya. Jika dilihat, perubahan pada Zul kini sangat berbeza jika dibandingkan dirinya yang dahulu. Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya telah berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 2 hingga 9 tahun.

Menerusi perkongsian terbaru, Zul telah memuat naik satu video dimana beliau sedang bernyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Zul yang segak berpakaian baju melayu itu kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan. Suaranya yang serak serak basah itu telah mencur1 tumpuan ramai.

Tonton video tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut memuji suara Zul dalam video itu sangat merdu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Suara serak basahh ni memang power lahhh , alhamdulillah.. “

” Dah mcm vid clip dah bang… “

” Rambut terbang2 tu kira dah cukup ‘feel’ la kan .. “

” Sedapnya suara.. “

” Sedap suara abg Zulyahya.. “

” Wow abg Zul sdpnya suara… Dgn angin tiup rambut mcm video klip plk.. “

” Suara sedap… Minat Zulyahya70 … Berlakon,blh buat nasyid atau lagu berunsur keagamaan.. Mesti best.. “

Memang sedap betul suara Zul Yahya. Tak sangka min. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Zul sentiasa dimurahkan rezeki selalu, sentiasa bahagia disamping insan-insan tercinta, dipermudahkan segala urusan  dan berjaya dunia akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zul Yahya by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..