” Wow.. powerlah sebenarnya suara abang.. “

Video Ropie Menyanyi Di Tengah Jalan Raya Buat Ramai Terhibur. Wah, Steady La Pak Kodi. Sampai Ramai Terpegun !!

Ropie Cecupak atau nama sebenarnya ialah Zahid bin Tajuddin merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi kelahiran Malaysia. Ropie terkenal sebagai Pak Kodi dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang bersiaran di TV3.

Ropie merupakan salah seorang ahli kumpulan Cecupak yang popular dengan sitkom dengan nama yang sama pada lewat tahun 1990an. Beliau bergandingan dengan Pian Cecupak pada waktu itu. Beliau kini bergerak secara solo dan banyak membintangi drama dan telefilem.

Antara drama lakonannya ialah Sekali Aku Jatuh Cinta pada tahun 2016. Beliau juga banyak membintangi filem komedi seperti Senario The Movie, H4ntu Kak Limah Dan Tak Ori Tapi Ok. Ropie juga banyak menyertai pertandingan lawak.

Menerusi akaun Instagram, video Ropie menyanyi di tengah bandar di Langkawi telah dikongsikan. Aksi Ropie menyanyi di tengah-tengah jalan raya telah menarik perhatian pengguna jalan raya dan pejalan kaki di sana sehinggakan ada yang memberhentikan kenderaan seketika.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Smua owg nyanyi so PAKODIE a.k.a Nayan pun nak jgk lah 🤣🤣🤣 suara x sedap Jgn mare rrrr APA yg penting smua heppy .. #petronasletourdelangkawi2020 #PETRONASLTdL2020 #LTdL2020 ….. @ropie_sryn_ @royazman30 @dramabandmy @aepul.roza @kuza249 @pelitalusoh @lansolo_official @aweera_official @palicilok @petronas @humanvoyage.tv @isnmalaysia #ltdl #malaysia #visitmalaysia #maznahketuuu #royazman #pakkodi #pakkodie #langkawi #ropie_sryn #ropie #langkawi #maznahketu #nayan #pelawaktanahair #comedianartis #artismalaysia #lansolo #pelitalusoh #kerjaselagimampu #kerjamestirajin #kerjaselagiowgsuka #bzlife #happylife #baranglamamahalharganya #kamitaksombong #kamiinsanbiase #bukanbiasebiase

A post shared by Pakodi & S'ryn ❤️🦋(Original) (@ropie_sryn_) on

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ropie menyanyi di tengah-tengah jalan raya. Antara komen-komen mereka :

” Inilah yg dikatakan abg kepada roonie hussein.. Terbaik pak Kodi.. “

” Wow.. power lah sebenarnya suara abg.. “

” Ate g1ler nyanyi tengah2 jalan pan4s tu.. “

” Padu suara bang lagu viral hujung tahun lepas mana bang? “

” Wahhh !! Rockers rupanya pak kodi,. Hehehe terbaikkk.. “

Wah, memang padu suara Ropie. Ropie sememangnya antara pelawak kegemaran ramai peminat kerana beliau mempunyai cara tersendiri dalam membuat lawak. Nampaknya Ropie boleh melebarkan sayapnya dalam dunia hiburan sebagai penyanyi pula kan ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ropie by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..