” Wow.. Congratulations. She has a beautiful tan.. “

Joe Flizzow Selamat Bertunang Dengan Pilihan Hatinya, Marini Ramlan.  Cantiknya Tunang Joe Flizzow, Tahniah !!

Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan bin Ishak telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Marini Ramlan pada semalam. Joe Flizzow merupakan rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan. Beliau juga merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo.

Sebagai artis solo, Joe Flizzow telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Beliau juga merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, iaitu Ishak Nengah. Dilahirkan pada 16 Oktober 1979 dan kini Joe Flizzow berusia 40 tahun.

Majlis pertunangan antara Joe Flizzow dan Marini, 41 berlangsung di Petaling Jaya, Selangor. Marini Ramlan merupakan seorang pelukis profesional. Menurut ibu Joe, Aishah Ali, Joe Flizzow mula menjalinkan hubungan serius dengan Marini,  tiga tahun lalu sebelum memut0skan untuk bertunang.

Menerusi perkongsian Instagram H4ngat, telah berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian daripada instagram adik Malini, iaitu, Didi Ramlan.  Majlis yang penuh istiadat melayu, antara dua negeri iaitu, Johor dan Terengganu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Ikuti perkongsian H4ngat di bawah :

” Tahniah Joe @flizzow yang telah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati, Nini.. @misdeeds .. “

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow serta Malini. Antara komen-komen tersebut :

” Congratulations Nini and Jo.. Godbless and Biglove.. “

” Congrats both! Happy.. “

” Wow.. Congratulations. She has a beautiful tan.. “

” Congratsssssss Nini! .. “

” This is the best! Congratulations @ninimarini .. “

” Congratulations to @flizzow and @ninimarini_ and you too Deeds!.. “

Woww..  Malini nampak begitu cantik dan manis dengan mengenakan pakaian baju kurung songket. Tampil dengan ringkas dengan majlis yang diadakan tu nampak sangat meriah dengan dihadiri rakan serta ahli keluarga rapat. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak dengan ini mengucapkan selamat bertunang kepada Joe Flizzow dan Malini Ramlan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hang4t, Joe Flizzow, Didi Ramlan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..