” Weh serius lah boleh jawab call dalam air, power abang.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Jawab Panggilan Telefon Ketika Sedang Menyelam. Wahhh Biar Betul, Terkumat-Kamit Mulut Bercakap Dalam Air. Bukan Biasher Biasher Ni !!

Aktor Hairul Azreen sememangnya dikenali ramai, lebih-lebih lagi setelah dia berjaya dalam membawa watak yang diberikan dalam Filem Paskal. Filem tersebut telah mendapat sambutan hebat di dalam negara. Bermula daripada itu, ramai anak-anak kecil bercita-cita ingin menjadi Paskal.

Suami kepada Hanis Zalikha ini, mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. Tidak hairanlah akaun Instagramnya kini telah pun mencecah 4.5 juta followers. Perkongsiannya di laman Instagramnya seringkali menjadi perhatian netizen di luar sana.

Sehingga apa sahaja yang dimuatnaik oleh beliau sama ada berkenaan dirinya, isteri dan anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah akan mendapat tontonan dan tanda suka yang tinggi. Setiap perkongsian daripadanya pasti ditunggu-tunggu oleh jutaan pengikutnya itu.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Hairul Azreen telah memuat naik sebuah posting berbentuk video. Yang mana video tersebut memaparkan Hairul Azreen berada di dasar kolam renang untuk membuat latihan selaman. Menurutnya dalam kapsyen, isterinya Hanis Zalikha telah menghubunginya ketika beliau menyelam.

Apa yang menarik lagi, Hairul Azreen sebenarnya hanya berlakon mengangkat panggilan telefon isterinya itu dan bercakap-cakap. Apa yang Hairul cakapkan pastinya tidak dapat didengari dengan jelas kerana berada di dalam air, hanya kelihatan mulutnya terkumat-kamit bercakap. Sambil Hairul bercakap sambil membuat tanda isyarat tangan.

Di bawah ini adalah video yang dikongsikan oleh Hairul Azreen. Jom lihat sendiri hebat ke tidak Hairul Azreen. Sambil menyelam pun boleh lagi bercakap. Jom tonton !!

Perkongsian video daripada Hairul Azreen telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. Mereka turut kagum dengan casing yang digunakan oleh beliau. Ini antara komen-komen mereka :

” Ini lah dikatakan “Bahasa buih”. Blupppp bluppp bluppp sampai leb4m.. “

” Hahhhah, klu bole jwab col camtu kluar2 perut pasti penuh ikan bawal.. “

” HAHAHAHAHHAHA gigihnyaa nk ckp jugak, dia dgr keeee hairul tgh be bel apaaa.. “

” Hahahahaha sempat lagi jawap call so sweet.. “

” Casing apa tu bro ? power sgt ! hahaha suggest sikit.. “

” Weh seriuslah boleh jawab call dalam air, power abang.. “

Wahhh hebat ni boleh cakap dalam air. Saja je kan Hairul ni, ada je idea dia nak bagi orang tertarik dan terhibur. Apa-apa pun satu video yang menarik untuk ditonton. Semoga pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha terus dikurniakan kebahagiaan sepanjang masa. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..