” We may not be a good MADU but.. ” – Erma Fatima

Video Kak Erma Fatima Bawa Anak-Anak Beraya Ke Rumah Bekas Madunya Buat Ramai Yang Tersentuh. Contoh Yang Baik, Hebatnya Hati Seorang Wanita !!

Sebut sahaja figura Erma Fatima pasti sahaja ramai yang mengenalinya. Pemilik nama sebenar Fatimah Binti Rahmad ini merupakan seorang berbakat besar dalam bidang seni. Bukan sahaja mampu berlakon dengan pelbagai watak malah mempunyai skil tersendiri dalam menerbit dan mengarah filem dan drama.

Beliau pernah berkahwin dengan pengarah filem terkenal iaitu Badaruddin Bin Haji Azmi atau popular dengan panggilan Bade. Namun begitu Erma Fatima mula hidup bermadu, apabila suaminya mengahwini wanita bernama Aida yang berasal dari Pahang.

Pastinya kehidupan bermadu mengundang pelbagai spekul4si berbeza daripada masyarakat sekeliling dan bukanlah mudah untuk seorang isteri menghadapi situasi ini. Namun jodoh mereka tidak panjang, Erma dan Bade akhirnya mengambil keputusan untuk berp1sah.

Menjengah ke laman Instagram Erma Fatima, satu posting terbaru telah dimuatnaik oleh beliau untuk dikongsikan buat pengikutnya. Melalui kapsyen yang ditulis dan video yang dikongsikan dapat menggambarkan perasaan beliau yang sangat menyantuni bekas madunya itu.

Pada permulaan video tersebut Erma Fatima membuat sedikit tanda tanya apabila beliau bersama ahli keluarga yang lain ingin pergi beraya tetapi tidak disebutkan rumah siapa yang akan beliau pergi. Namun di pertengahan video tersebut telah terungkailah jawapannya.

Ini antara petikan video tersebut :

” Kita nak beraya di mana ye, tunggu.. “

” Kita dah sampai ini lah cik Aida.. “

Erma Fatima menjamu selera di rumah bekas madunya, Aida.

Jom tonton video di bawah ini :

Melalui tinjauan di ruangan komen, pengikut beliau memberikan emoji berbentuk hati menandakan rasa suka dengan video yang dikongsikan. Malah ada juga yang men1nggalkan komen yang positif buat beliau. Ini antara komen-komen berikut :

” Bgus gini kak erma.. Contoh yg baek utk masyarakat. Iyo laaa bab hati ngn perasaan serta jod0h ni mmg tak boley dipakso.. Tpi silraturrahim ni patut dikekalkn.. Tak prlu brmus0h.. Yg hotak2 senteng jerr dok laaa brsengket4, dengk12 ni.. “

” Wow. Fantastic kak erma, ramai anak kak emma.. Selagi boleh baik kite buatlah baik.. ”

” Alhamdulillah.. Bermus0h bkn dpt untung kan.. Contoh yang baik.. “

” Suka dengan kak Erma yg sentiasa positive. Respect kak Erma.. “

” Bersih hati itu bagus… Sweetnye kak erma, may Allah swt bless you and family.. “

” X apa lah kan kak, x ada jodoh x smestinya nk brmsm muka plak.. Silaturahim tu penting. Semoga u semua sentiasa dlm rahmat Allah swt, aamiiin yra.. “‘

” I love to see this. So much love. Alhamdulillah. Hebatnya hati wanita.. “

” Semoga kita semua bahagia dunia dan akhirat. Bersama2 dpt berkumpul di syurga… aamiin.. “

” Bagus kak Erma ni… Contoh yg baik utk anak2 & masyarakat.. “

Kebahagiaan datang dari pelbagai cara. Membahagiakan orang lain juga membuat kita bahagia dan melihat orang lain bahagia juga akan memberikan kebahagiaan buat diri kita. Kami di Berita Kopak mendoakan Kak Erma Fatima sekeluarga sentiasa bahagia bersama insan-insan tersayang.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..