” We are family, soon bertambah seorang lagi.. ” – Aidil Aziz

Aidil Aziz Kongsi Gambar Bersama Keluarga Tercinta Di Kampung Halaman. Penampilan Fasha Sandha Yang Cantik Manis Walaupun Tengah Sarat Cur1 Perhatian. Pemandangan Rumah Kampung Pun Cantik Sangat !!

Nama Aidil Aziz kini sentiasa menjadi sebutan di kalangan peminat seni tanah air kerana beliau merupakan suami kepada pelakon popular Fasha Sandha. Mereka mula berkawan rapat setelah bergandingan dalam sebuah drama dan setelah itu mereka menjalani hubungan yang lebih ser1us.

Akhirnya mereka telah selamat diijabqabulkan dan membina keluarga bersama. Sikap penyayang dan lemah lembut Fasha juga menjadi salah satu pengukuh kasih sayang antara mereka. Fasha pernah mengalami kegug0ran sebelum ini dan setelah itu Fasha disahkan hamil lagi.

Umum mengetahui mereka kini sedang menghitung hari menunggu kehadiran cahaya mata sulung mereka. Ini merupakan cahayamata sulung buat Aidil, manakala ini merupakan cahayamata ketiga buat Fasha. Terdahulu Fasha telah memiliki dua orang cahayamata hasil perkahwinannya yang lalu.

Mengintai ke laman instagram milik Aidil Aziz, beliau telah berkongsi gambar bersama Fasha dan ahli keluarganya di kampung halaman. Kita dapat menyaksikan dalam gambar ini Fasha yang sedang sarat hamil, wajah Fasha nampak semakin berseri.

Mari kita lihat gambar yang di kongsi ini bersama :

( Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya )

Perkongsian daripada Aidil ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antaranya ialah :

” Congratulations ok, both off you fashasandha and itsaidilaziz.. “

” Cantiknya Rumah Kampung. Awal ghayo Haji.. “

” Tak lama dh tu kak fasha.. “

” Semoga urusan Kak Fasha dipermudahkan oleh Nya  Amiin.. “

” Cantiknya rumah, Congrats Kak Fasha n Abg Aidil.. “

” Semoga dipermudahkan urusan Kak Fasha.. “

Tak sabarnya nak menanti kehadiran bayi Aidil dan Fasha, mesti comel macam ibu dia kan. Apa pun kami di Berita Kopak mendoakan agar Fasha dipermudahkan urusan semasa hendak bersalin dan semoga ibu dan bayi selamat. Semoga bahagia bersama hingga ke Jannah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..