Wanita Ini Ajar Cara Mudah Menghilangkan Kesan Hitam Berkarat Pada Periuk Atau Kuali. Hasilnya, Jadi Seperti Baru Tanpa Hitam Berkarat!

Boleh dikatakan memasak adalah pekerjaan rutin seorang surirumah setiap hari. Dibandingkan dengan memasak, membersihkan perkakas memasak seperti kuali dan dapur adalah sesuatu yang meleceehkan. Lebih-lebih lagi jika kuali atau periuyk sudah hitam berkarat.

Kerana kita jarang membersihkan bahagian bawah kuali atau periuk, lamam-kelamaan ianya mempunyai lapisan hitam yang tebal dan berkarat yang sukar dihilangkan.. Kita biasanya menggunakan berus dawai untuk membersihkan, tetapi ianya sememangnya kerja yang sukar dan mengambil masa yang lama.

Tetapi ada kaedah yang lebih mudah dan menyenangkan. Mari kita lihat seperti di bawah

Langkah pertama:

Taburkan lapisan baking soda di bahagian bawah periuk. Serbuk baking soda mempunyai kesan pembersihan yang sangat baik.

Langkah 2:

Sediakan cuka dan tuangkannya ke bahagian bawah periuk. Ia boleh bertindak balas dengan cepat dengan baking soda, melembutkan kot0ran yang degil dan memudahkan untuk membersihkan.

Langkah 3:

Tuangkan garam dan taburkannya di bahagian bawah periuk untuk meningkatkan kesan tindakbalas. Kemudian gunakan berus dawai untuk membersihkan kotoran tadi dengan lembut,
anda boleh dengan mudah mengeluarkan kot0ran degil dan kesan karat. Kemudian bilas dengan air.

Langkah 4:

Keringkan air dengan kain terpakai. Anda dapat melihat bahawa periuk itu sekarang sangat bersih, tanpa kesan tebal dan hitam berkarat, jadi memasak menjadi lebih cepat dan menjimatkan gas memasak.

Jadi, untuk para surirumah, boleh melakukan cara ini supaya untuk membuatkan kuali dan periuk anda berkilat tanpa kesan hitam berkarat dan menjadi seperti baru. Selamat mencuba.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : micelle