Walaupun Tub0hnya Hanya Separas Pinggang, Tetapi Apabila Dia Mengalunkan Bacaan Al-Quran

Pasti Menggent4rkan Hati Ramai Orang Yang Mendengarnya

Kisah seorang kanak-kanak yang bernama Ghanim Al-Mufta ini pernah mengemp4rkan ramai orang di seluruh dunia. Pada tahun 2017, sebuah gambar yang memnunjukkan seorang kanak-kanak yang hanya mempunyai separuh anggota badan sedang melakukan umrah bersama dengan ribuan jemaah dio kota suci Mekah.

Walaupun dia disediakan kerusi roda tetapi, dia memilih untuk berjalan bersama dengan jemaah yang lain sehinggakan Imam Besar Masjidil Haram ketika itu, Syeikh Mahir Al Muaqly turut berbesar hati menemuinya dan telah mencium keningnya.

Walaupum Ghanim hanya memiliki anggota tub0h sehingga paras pinggang sahaja, tetapi dia mampu untuk bergerak dan berjalan dengan menggunakan kedua belah tangannya dan juga dia mampu untuk berenang.

Bukan itu sahaja kelebihannya, dia juga adalah seorang penghafal Al-Quran dan mempunyai suara yang merdu yang telah membuatkan ramai orang terpegun apabila mendengar dia mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Tidak disangka, walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan, Ghanim juga menjadi seorang usahawan muda yang mempunyai sebuah kedai menual aiskrim dan juga mempunai sebuah kelab sukan yang diasaskannya sendiri.

Kerana pencapaiannya itu, Arab Social Media Summit telah memberinya anugerah Youth Award kepadanya di atas popularitinya di Media Instagram yang dia gunakan untuk berkongsi kisahnya kepada orang ramai di selurh dunia.

“Melalui akun Instagram saya, di mana saya memiliki hampir 1 juta pengikut, saya ingin memberitahu bahwa setiap orang memiliki hak untuk bermimpi dan memiliki cita-cita yang dapat mereka capai. Media sosial adalah jendela bagi dunia. Ini membantu kita berkongsi cerita kita lebih cepat dan kita harus menggunakannya dengan cara yang positif dan berguna.”Kata Ghanim

“Saya ingin orang-orang memahami bahawa mereka yang serba kekurangan juga mampu memberi dan aktif dalam masyarakat,” Tambahnya lagi.

Kita Ghanim ini boleh dijadikan pengajaran dan renungan untuk kita bersama. Walaupun dia dilahirkan dengan serba kekurangan tetapi tekad dan keazaman yang dia miliki membuatkan dia mampu memiliki apa yang dia ingin capai. Malah melebihi dari pencapaian orang yang memiliki tubuh sempurna.

Ghanim Bermain bersama abangnya semasa kecil

Jadi, dengan tubuh yang sempurna dan lengkap segalanya, adakah kita tidak memikirkannya dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Sememangnya kisah Ghanim memberikan inspirasi yang besar untuk kita.

Lihat videonya membaca Al Quran di bawah:

 

View this post on Instagram

 

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا

A post shared by Ghanim Al-Muftah|غانم المفتاح (@g_almuftah) on

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Instagram

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..