Walaupun Masih kecil, Tetapi Kanak-kanak Yang Misk1n Ini Memasak dan Menyuapkan Adiknya.

Begitulah Sayangnya Kakak Kepada Adiknya

Semua kanak-kanak pasti inginkan hari-hari yang indah dan kalau boleh mereka mahu bermain sepanjang hari. Itulah sifat naluri seorang kanak-kanak di mana-mana sahaja berada. Mereka juga inginkan belaian dari ibubapa dan mendapat kasih sayang yang sepatutnya.

Adakah anda masih ingat bagaimana masa kanak-kanak anda? Walaupun sebahagian besar daripada kita cukup bertuah untuk menghabiskan hari-hari muda kita bermain bersama rakan-rakan dan adik-beradik, kedua-dua kanak-kanak misk1n ini tidak mempunyai nasib yang sama seperti kita.

Tidak seperti gadis lain yang sebaya yang bermain dengan anak patung dan permainan, gadis kecil ini perlu memasak dan menyuap adiknya. Dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil.

Lihatlah betapa bersemangatnya dia ketika dia membuka penutup kuali, membuatkan bubur panas dan meletakkan beberapa senduk bubur penuh ke dalam mangkuk putih besar. Dia kemudian meletakkan penutup kembali ke atas kuali besar dan mengambil jagung panggang yang telah dibak4r di dalam api.

Gadis ini dengan hati-hati meniup bubur pan4s dan memastikan ianya tidak terlalu pan4s untuk adiknya makan.

Ini pastinya merupakan pandangan yang mengh4rukan bila difikirkan bagaimana dua beradik ini membesar dalam keadaan yang semp1t dan sukar begitu.

Semoga mereka akan mendapat perhatian dari pihak yang sepatutnya dan semoga mereka tabah menghadapi kehidupan mereka. Di harapkan mereka membesar menjadi orang yang berguna kepada orang lain.

Dan semoga ini menjadi pengalaman yang berharga untuk mereka apabila mereka menjadi orang yang berguna dan dapat membantu kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Tonton video menyentuh hati di bawah dan lihat bagaimana gadis kecil ini menjaga adiknya yang kecil

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Disediakan Dan Disusun Berita Kopak / Ciungwanara

Sumber : Youtube.com