Walaupun Berumur 60 Tahun Dan Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan, Lelaki ini Berjaya Menghafal 30 Juz Al-Quran dan Menjadi Hafiz Tertua

KITA biasanya mengenali seorang Hafidz Al-Quran itu seorang yang muda, yang dihantar sedari kecil di sekolah-sekolah pondok yang khusus untuk kanak-kaak yang ingn menjadi hafiz Al-Quran. Kebanyakkan dari mereka dihantar oleh ibu atau bapa yang inginkan anak mereka menjadi seorang yang hafaz Al-Quran.

Mungkin kita belum pernah mendengar seseorang yang telah berumur menjadi seorang Hafiz Al-Quran. Dan kebanyakkan orang pun berfikir apabila usia sudah meningkat, ingatan pun semakin berkurangan dan masa-masa tua biasanya dihabiskan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran ataupun mendengar ceramah Ustad di masjid ataupun surau berdekatan.

Tetapi bagi seorang bekas pesara tentera yang bernama Masrukhin ini telah membuatkan orang ramai merasa kagum apabila walaupun telah berumur 60 tahun tetapi beliau telah diikiraf sebagai Hafiz Al-Quran tertua yang telah berjaya menghafal 30 Juz Al-Quran.

Ramai yang tidak menyangka, di sebalik usianya dan pekerjaannya sebagai seorang pengawal keselamatan tidak membuatkan dia lemah untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran. Di samping tugasnya, dia mengisi masa lapang dengan menghafal satu juz ke satu juz Al-Quran.

Ramai orang tidak menyangka Murshikin yang memakai baju bercorak batik juga adalah sama seperti anak-anak lain yang telah berjaya menjadi Hafiz

Ramai yang tidak menyangka, lelaki yang tugasnya sehari-hari mengawal keselamatan di Sekolah Pondok Madrasatul Qur’an itu telah berjaya menjadi Hafiz dan mengahafal 30 Juz Al-Quran. Dia adalah seorang Hafiz yang akan menerima Ijazah Hafidz pada hari Pengijazahan untuk mereka yang berjaya menjadi hafiz yang telah dilansungkan di Madrasatul Qur’an Tebuireng.

Pihak sekolah pondok telah memberinya hadiah berupa pakej Umrah di atas segala kerja kerasnya dan juga sebagai menghargai dedikasinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah pondok itu selama bertahun-tahun selepas beliau bersara sebagai tentera.

Sebenarnya bukanlah usaha yang mudah untuk Murshikin menjadi seorang Hafiz. Di samping faktor usia, dia juga perlu membahagi masa antara tugasnya dan juga menghafaz Al-Quran. Bermula tahun 2011, dia telah mengambil keputusan untuk menghafal Al-Quran. Semakin hari dia merasakan kecintaannya kepada Al-Quran cukup kuat dan memberinya semangat untuk menghafal selembar demi selembar.

Kejayaannya itu telah memberikan motivasi yang cukup mendalam kepada ramai orang yang sebelum ini menganggap Hafiz itu hanya untuk mereka yang masih muda dan kanak-kanak. Apa yang penting adalah tekad yang tinggi dan juga kecintaan yang mendalam kepada Al-Quran.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media