” Walau ada unsur lawak. Tapi ia sangat menyentuh hati, anak syurga.. “
Perkongsian Syahmi Syazli Tentang Asif Suhaimi Buat Netizen Tersentuh. Insan Istimewa Ini Menginsafkan Ramai. Allahuakbar !!
Peminat tegar youtube pastinya mengenali kelibat insan istimewa ini. Nama Asif Suhaimi bukanlah satu nama asing. Mula dikenali di dalam drama spontan di saluran youtube milik Syahmi Sazli yang mana merupakan sepupu rapatnya.
Telatah Asif yang bersahaja berjaya membuat ramai hati terpaut padanya. Sedikit biodata ringkas mengenai insan bernama Asif ini. Dilahirkan di Kelantan dan sudahpun berusia 17 tahun. Asif disahkan mengh1dap masalah mild aut1sme.
Namun Allah mengatur yang terbaik buat anak syurga ini apabila sepupunya, Syahmi mendapat ilham untuk mengetengahkan bakat lawak bersahaja Asif itu di saluran youtube miliknya dan segalanya mula berubah. Nama Asif semakin terkenal dari sehari ke sehari.
Menerusi akaun Instagram, Syahmi Sazli memuatnaik sekeping gambar Asif yang sedang solat. Tersentuh rasanya melihat gambar insan yang walaupun ada kekurangan namun hatinya masih ingat pada penciptanya Allah. Ayat yang diucapkan Asif juga buat sesiapa sahaja membacanya berasa tersentak.
Jom baca perkongsian Syahmi di bawah :
” Semalam mi tunjuk video orang putih buang ulat (botfly) dalam kulit. Asif tanya bakpo jadi gini? Mi oyak kalau tak solat jadi gini la.. “
” Tiba-tiba tadi dia tny.. ‘ Mi, ISYAK MASUK DOH ? (bukan tanya maghrib) Aku nak semaye, tidok gak masuk nerak0’.. Tangan kiri duk atas, tak cekat ajar dah.. “
Rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian itu. Antara komen-komen netizen :
” Kawe raso dio dalam golongan tak wajib solat pun. Syahmi terbaik terapkan nilai-nilai islam.. “
” Alhamdulillah… Biar pon AL Fatihah janji dia ingat Allah SWT … Aamin.. “
” Takpo hok penting dia buat.. “
” Allahu insaf.. “
” Tetap ahli syurga.. “
” Bahagian dia ada dah.. Kita yang waras ni kene malu ke asif.. “
” Nak4llll laaaa awak nie dik… Orang yang waras lagi sempurna belum tentu nak solat… Allahu Akhbar.. Takbir.. “
” Terbaik mie ajar asif maye besar pahala.. “
” Bagus asif, dio hok gitu pon buleh mikir dih apatah lagi kita hok normal nih.. “
” Walau ada unsur lawak. Tapi ia sangat menyentuh hati. #anksyurga.. “
Malu rasanya pada diri sendiri bila melihat kelakuan Asif yang terpuji ini. Andai dia yang tidak sempurna akal fikirannya masih mampu mengingati penciptaNya, mengapa kita yang diberi segala kesempurnaan somb0ng diri dan selalu melupakan kewajipan yang paling utama itu.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Asif akan sentiasa dipermudahkan segala perjalanan hidupnya dan semoga Allah merahmati segala usaha dan kerja keras Syahmi untuk membantu mengubah kehidupan Asif si insan istimewa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syahmi Sazli by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..