WAJIB Ganti Puasa Walaupun Sudah Bayar Fidyah. Ini Cara Pengiraan Fidyah Yang Dikongsikan Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan !!

Bulan Ramadhan bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Tetapi masih ada lagi yang belum menggantikan puasa yang telah ditangg4lkan tahun sebelum ini. Lebih-lebih lagi kaum hawa yang kebiasaannya meningg4lkan puasa disebabkan datang bulan. Ramai yang suka menggantikan puasa pada saat-saat akhir.

Selain datang bulan, ada juga yang mengalami masal4h kesihatan, ibu mengandung atau menyusukan anak yang tidak dapat berpuasa ketika bulan Ramadhan sebelum ini. Malah ada yang bertahun-tahun tidak pernah menggantikan puasa. Ada juga yang hanya membayar fidyah sahaja.

Tetapi tahukah anda, hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap WAJIB digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditingg4lkannya.

Sila baca apa yang dikongsikan di laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah mengenai fidyah :

Fidyah ialah dend4 ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

HUKUM FIDYAH :

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH :

1. Uz0r menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi s4kit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselam4tan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku kegug0ran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditingg4lkan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimb4ng akan memudhar4tkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesih4tan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditingg4lkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meningg4l dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meningg4l dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditingg4lkan sebelum pembahagian pusak4 dibuat.

5. Musafir dan pes4kit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditingg4lkan

Musafir dan pes4kit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditingg4lkan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

6. Melambatkan ganti puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditingg4lkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditingg4lkan.

TAKSIRAN FIDYAH :

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH :

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.

KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH :

Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

Contoh : Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.

Terima kasih MAIWP atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Kepada yang masih belum menggantikan puasa, jangan melengah-lengahkan. Yang wajib tetap wajib, kalau ditingg4lkan mendapat d0sa. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita. Amin.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan by Berita Kopak & Content Media