” Wahhhh, Bukan senang nak dapat ni.. I Feel You.. “

Video Reaksi Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Selepas Dapat MENYEP1T Sebiji Patung Yang SANGAT BESAR Dalam Machine Cl4w. Wow Memang Tak Sangka !!!

Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin atau lebih dikenali dengan nama Syatilla Melvin merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Syatilla menjadi model dan aktif berlakon sejak tahun 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.

Syatilla dan pasangannya pelakon terkenal Shaheizy Sam berkahwin pada 8 Februari 2016. Pada 9 Mei 2017, Sam dan Syatilla menyambut kedatangan cahayamata sulung bernama Syeriv Samheizy. Dua tahun kemudian Syatilla dan Sam dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan yang diberi nama Sarima Samheizy.

Umum mengetahui gelagat suami isteri ini yang selalu membuat pengikut-pengikutnya trehibur. Terbaru, Syatilla Melivin telah memuat naik sebuah video . Video tersebut memaparkan beliau bersama suami Shaheizy Sam melompat kegembiraan kerana telah mendapat anak patung diansour yang besar ketika bermain Cl4w Machine.

Untuk makluman  Cl4w Machine’ ini kebiasaannya menyediakan anak patung sebagai ganjaran sekiranya kita berjaya menyepitnya dan membawa ke lubang khas. Kedengaran cukup mudah, namun bagi mereka yang pernah mencubanya pasti mengakuinya sukar bagi berjuang untuk mendapat anak patung comel tersebut.

Begitulah apa yang berlaku kepada Syatilla dan Shaheizy Sam yang tidak menyangka boleh menyepit dan mengeluarkan patung Dinasour yang besar itu. Menurut Syatilla, beliau dan suami merasa sangat puas hati kerana mendapat patung besar itu setelah bermain agak lama untuk mendapatkannya.

Apa yang menariknya adalah aksi kedua-dua suami isteri ini seolah-olah seperti bersorak apabila bola berjaya dijaringkan di dalam gol dan ada juga mengatakan mereka kegembiraan seolah mendapat hadiah wang bernilai jutaan ringgit.

Tengok aksi mereka dalam foto di bawah ini :

Shaheizy dapat menyepi anak patung Dinasour itu.

Syatilla : ” Dapat Bi.. dapat Bi… WOOOOOoo.. “

Akhirnya anak patung itu berjaya dimasukkan ke dalam lubang yang disediakan.

Inilah reaksi mereka berdua. Kita yang tengok ni pun seronok sekali.

Yeayyyyyyyyyy!!!!!

Korang tengok la sendiri kat dalam video di bawah ni..

” WOOOOWWWWWWW!!!!!!!!!! KEPUASAN!!!!!!!!!!!!!! dari pukul 8 main!!!! “

Rata-rata pengikut Syatilla merasa terhibur melihat aksi mereka. Ini antara komen-komen mereka:

” Ya Allah tolong lah aku… kenapalah tak berhenti gelak ni.. (sbb ni mcm menang 1 juta ringgit punya reaction bah) !!!!! “

” Wowww! Aku main berjuta2 kali tak pernah dpt.. “

” Bukan senang nak dapat nie.. hahhha tahniah.. “

” Hahahahaha i feeel youuuuuu!! Bila dapat tu rasa fuhhhhhhh puassssss!!!!!! “

” Tahniah.. feel dpt tu memang lain macam sbb tau susahhh g1lerr nak dapat.. apapun congratsss.. “

” Act benda blh je beli tp kepuasan dpt dr mesin ni lain mcm well i soo not lucky as u are . never.. “

 ” Ishhh. Awat comey sangat gelagat nieee semangat terokkkk.. “

Wahhhhhh.. hebatnya boleh dapat anak patung yang besar. Mesti seronok anak mereka Mat Yip dapat patung Dinasour kegemarannya itu. Kami di Berita Kopak mendoakan Syatilla dan Shaheizy sentiada dikuniakan rezeki yang melimpah ruah dan terus maju jaya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Syatilla Melvin, Shaheizy Sam by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..