” Wahhh, dari anak ke cucu nama start dengan A.. ” – Netizen

Tengku Zawyah Kongsi Gambar Wajah Cucu-Cucu Kesayangannya. Alahai Comel-Comel Semuanya. Eh Nama Pun Ada Persamaan Rupanya, Sepakat Sungguh !! 

Tengku Zawyah Tengki Izham, wanita yang elegant dan berkarisma. Walaupun sudah berusia, wajahnya masih nampak muda dan sering tampil bertenaga. Bekas isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa ini mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan mereka sebelum ini iaitu Anas, Adib, Asyraf dan Aazief.

Tiga daripadanya sudahpun berumahtangga dan tinggal Aazief yang masih bujang. Tengku Zawyah yang diketahui ramai sangat akrab dengan menantu-menantunya iaitu Alyssa, Tya Arifin dan Izara Aishah. Pernah berkata kepada portal Majalah Nona, dia melayani menantunya ini sama seperti anak sendiri.

Keluarga bahagia ini juga sering berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama. Berkongsikan saat-saat gembira mereka bersama untuk tontonan umum, sikap mereka sekeluarga jadi pujian. Malahan Datuk Khalid dan Dato’ Siti Nurhaliza juga turut bersama dalam nenerapa majlis dan juga pertemuan keluarga.

Menerusi akaun Instagram, Tengku Zawyah telah berkongsikan beberapa keping gambar cucu-cucu kesayangannya. Wah sudah 6 orang cucu Tengku Zawyah walhal neneknya nampak muda lagi. Semuanya comel-comel dan paling unik semua nama cucunya bermula dengan huruf A. Wah sepakat betul anak-anak ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Wajah kesemua cucu Tengku Zawyah comel-comel belaka buat netizen tertarik. Amboi yang paling kecil tu comel sangat buat muka, alahai Alaia. Antara komen-komen :

” Semuanya hensem2 cantik2 dan muka cerdik2 belaka nanti.. “

” Senangny tgok cucu2 tengku yg cantik2 and handsome.. “

” Ger4mnya Azzahra dan Alayna… belipat lengan semua… hahaha.. comel.. “

” Wahhh, dari anak ke cucu nama start dgn A. Ni kalau exam semua duk table depan.. “

” They are all so cute and handsome angels my dear.. “

” Lawa2 cucu kak tengku. They all look almost the same.. “

” Such adorable grandkids they are, Datin. The kiut alaia , tak jemuu tengok.. “

” Ni dah besar remaja ni, buat team cousin, fuh melet0p. Tengok grandma diorang Pon dah jelita.. “

Wahhh baru perasan semuanya mula dengan huruf A. Team A yang kec0h dan meriah nanti besar ni kerana semuanya tidak jauh beza umurnya. Tentu seronok bila semua cucu-cucu kesayangan ni dah besar nanti. Apa pun, semoga keluarga Tengku Zawyah sentiasa dikurniakan kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Zawyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..