” Wahhh, bestnya siap dapat surprise lagi.. “

Video Norman Hakim Buat Surprise Anniversary Untuk Isterinya, Memey Suhaiza. Part Minta Tambah Anak Tu Kelakar. Halah.. Halah.. Halah.. SWEET Tahap P0t0ng Kaki Ni.. Jangan Jeles Tau !!

Suhaiza binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey Suhaiza adalah pelakon, model, pengacara dan usahawan wanita Malaysia. Antara drama televisyen lakonan Memey adalah Rahsia Sebuah Peng0rbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pont1anak Air Jernih.

Umum mengenali suami kepada Memey Suhaiza ini iaitu Norman Hakim. Norman Hakim merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram, Memey memuat naik beberapa gambar dan juga video sempena sambutan Anniversary perkahwinan beliau dengan Norman Hakim yang mencecah angka 8 tahun. Memey berkongsi untuk menyatakan rasa terharu dan gembiranya dengan kej0tan yang dibuat oleh suaminya itu.

Ceritanya lagi di dalam kapsyen, suaminya terlalu bersungguh-sungguh mengajak beliau keluar. Beliau hanya dimaklumkan untuk keluar makan sahaja dan tidak tahu suaminya ingin melakukan surprise tersebut. Katanya lagi, pelbagai alasan yang beliau berikan dan memujuk suaminya untuk berehat sahaja di rumah dan tidak mahu keluar.

Akhirnya beliau akur dengan ajakan suaminya. Menurutnya lagi, beliau sangat bersyukur dan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata bagaimana rasa gembiranya itu. Tahun ini suaminya membuat kej0tan lebih awal kerana masing-masing kesibukan pada tarikh sebenar anniversary perkahwinan mereka.

Ini sedutan daripada video tersebut :

Memey  : ” Thank you sayang.. “

Norman : ” Sama-sama .. “

Memey : ” I love You.. 

Norman : ” Everything is for you.. lepas ni boleh buat baby lagi.. “

Memey : ” Hahh.. Ape sayang.. “

Norman : ” Sayang.. Smile.. smile.. “

Aduhai.. ni sweet tahap potong kaki ni.. hehe.. Jom tengok video kemanisan rumahtangga mereka dalam video di bawah ini :

” Suami oh suami. Bersungguh dia ajak kita keluar.. Cakap nak g makan dating ber2.. Byk kali juga sy pujuk suami cakap tak nak.. sbb pen4t Mcm2 alasan sy buat. Esok pun nk shoot pagi..
Suami kata kena juga pergi sbb takde date dah sblm anniversarry kita org.. “

” Sy kata takpelah, tak payah buat apa2 pun.. Sbb kita org dah plan nk buat doa selamat je nnt masa anniversary betul2 24 hb.. So i said, dah lebih dr cukup. Tapi.. Inilah lah hasilnya..
suami ada geng konspirasi @surprisehoney.. “

” Subhanallah tak terungkap dgn kata.. Nnt sy sambung lg.. byk momment sy nk share sbb tanda sy happy sgttttt mlm ni.. Tq suami.. Syukur Alhamdulillah.. “

Ini pula posting yang kedua yang telah dimuatnaik oleh Memey berkenaan dengan sambutan anniversary beliau.

” Terima kasih yg mendoakan yg baik2.. Anniversary kita org blm lagi.. Next week.. Tapi ni suami buat surprise awal sbb masing2 agak busy.. Happy me.. @surprisehoney Deco bilik cantik2 mcm nak nang1s tak dpt tido situ.. “

” Sbb shooting awal pagi.. baju pun tak bawa apa.. nama pun surprise.. pasr4h hehe.. Tq so much for yr effort suami @normanhakim_786 utk plan kan semua ni. Tq semua.. semoga kita semua sama2 bahagia dunia akhirat inshaAllah.. Amin..Selamat mlm.. “

Rata-rata peminat dan pengikut Memey Suhaiza merasa sangat gembira dan mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan. Ini antara komen-komen mereka :

” Happy anniversary.. moga kekal hingga ke jannah.. lip matte xhilang kesan lepas makan.. “

” Wahh bestnyaa siap dapat surprise. Happy anniversary both of you.. “

 ” Happy Anniversary to u all berdua memey & norman. Moga kekal bahagia hgga ke akhirnya.. “

” Happy anniversary memey n norman.. semoga both of u still loving until jannah.. “

” Happy anniversary mey n abg norman, semoga kekal bahagia hingga ke jannah, amin amin.. “

” Slmt ulangthn memey n hakim.. smg kkl bhgia till jannah, amin.. nice view cndlight dinner dkt mne tu mey.. “

” Halah.. halah.. Sweet tahap pot0ng kaki ni.. “

” Wah! Untungnya bila diri dihargai mcm ni.. Semoga bahagia semahu2nya kalian.. “

” MasyaAllah smg still bahagia hingga ke jannah.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar sempana sambutan anniversary Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang telah dimuat naik di laman Instagram Memey Suhaiza :

Wow.. romantiknya Norman Hakim kan, beruntungnya insan yang bernama Memey Suhaiza ini. Isteri-isteri  yang kat luar sana jangan la jeles pulak yer.. Hehe.. Baiklah, Kami di Berita Kopak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan, semoga dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga Allah.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Memey Suhaiza, Norman Hakimby Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..