” Wahh BESTnya, semp0ilah my Queen.. “

Video Tuanku Permaisuri Agong Tiba-Tiba Singgah Di Gerai Mee Bandung Tepi Jalan.  Part Tuanku Kata ‘ Nak Makan Situ’ Memang Terharu Sangat. Kami Sayang Tuanku !!

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5. Baginda ialah permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.

Tunku Hajah Azizah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru dan merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom.

KDYMM Tuanku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ dan ‘Masakan Tradisional Pahang’. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banj1r di Pahang.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga diraja, namun itu bukan penghalang untuk Seri Paduka mendekati dan menyantuni rakyat tanpa mengira kaum, agama serta status sosial mereka. Terbaru, menerusi entri yang dimuat naik oleh Suria Malaysia, sebuah video tentang Permaisuri Agong telah dikongsikan.

Apa yang dipaparkan di dalam video tersebut adalah sikap Tuanku Permaisuri Agong yang mendekati rakyat dan tidak kisah untuk membeli juadah dan makanan yang berjualan di tepi jalan. Kenderaan yang membawa Tuanku Permaisuri tiba-tiba berhenti di sebuah gerai menyebabkan pemilik kedai tersebut merasa sangat terkej0t.

Apa yang menarik lagi, apabila Tuanku Permaisuri Agong ingin singgah makan di situ. Kedengaran mereka yang ada di situ sangat teruja dan ketika itu sudah tentulah tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan terutamanya pemilik gerai tersebut. Beruntungnya tuan empunya kedai kan ?

Ini sedutan daripada video tersebut :

Tuanku Permaisuri sedang melintasi gerai mereka.

Tuanku Permaisuri Agong : ” Ada mee bandung tak.. “

Peniaga : ” Ada.. berhentiiii.. ada tuanku.. “

Tuanku Permaisuri Agong : ” Nak makan situ.. “

Peniaga : ” Orait.. Yes !! “

Korang dengar la betapa terujanya mereka setelah Tuanku Permaisuri ingin makan digerai mereka. Tonton video di bawah ini :

” Alahai comelnyaa Tuanku Permaisuri Agong nak makan mee bandung. Beruntungnya tuan empunya kedai. #suriafm #suriamalaysia #segalanyahibur.. “

Rata-rata memuji Tuanku Permaisuri Agong kerana terlalu baik dan mesra dengan rakyat jelata. Ini antara komen-komen mereka:

” Syg Tengku Permaisuri sgt baik.. “

” Best g1la weh.. hahahaha.. ada mee bandung tak.. sempoi lah my queen.. “

” Syukur Alhamdulilah murah rezeki permaisuri.. “

” Xkesah pn mkn suasana kg.. Memang terbaik lah.. “

” Ya Allah happynya Raja permaisuri mcm ni gn rkyat.. syg tuanku amin yrb.. “

” Love our queen.. “

MasyaAllah berair mata ni dengar mereka semua teruja dan gembira apabila Tuanku Permaisuri singgah ke gerai mereka. Siapa tak terharukan. Terima Kasih Tuanku kerana terlalu baik budi pekerti dan sudi beramah mesra dengan rakyat jelata. Kami di Berita Kopak mendoakan Tuanku sekeluarga di bawah limpah rahmat Allah SWT selalu. Amin.

Daulat Tuanku !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Suria Malaysia, Istana Negara by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..