” Wahh, Ally Iskandar melamar guna 5 patah perkataan je tau.. “

Video Ally Iskandar Menjawab Pertanyaan Shuk Di Hotfm Tentang Perkahwinannya Dengan Marina. Tak Payah Guna Ayat-Ayat Panjang Puitis Pun.. Tahniah Ally Iskandar !!!

Ally Iskandar bin Mohd Mardzi merupakan seorang pengacara dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan salah seorang personaliti stesen TV swasta terkemuka negara, TV3 dan pengacara rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.

Sabtu lalu, Ally Iskandar, 43, menamatkan zaman dudanya dengan Marlina Ibrahim dalam sebuah majlis pernikahan yang telah berlangsung di Temerloh, Pahang. Pada majlis tersebut, Ally turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskhah al-Quran kepada Marlina.

Seperti yang diketahui umum, Ally pernah bergelar suami kepada Nur Farahin Romli atau dikenali Farah Lee pada 20 Januari 2012. Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel, Maream Esabel yang kini sudah pun berusia lima tahun.

Gambar : Ally dan Marlina ketika majlis pernikahan mereka.

Pagi ini, Ally telah ditemu bual secara panggilan telefon oleh siaran radio Hotfm976 untuk bertanyakan tentang perkahwinannya. Hotfm976 telah memuat naik di laman Instagram rasmi milik siaran radio tersebut. Ally ditemu bual dalam sesi di Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh tiga penyampai radio terkenl iaitu Shuk, Shuib dan Fizie.

Apa yang menarik di dalam rakaman tersebut, apabila Ally ditanya oleh Shuk Sahar beberapa soalan.

Di bawah ini adalah sesi soal jawab antara Ally Iskandar dan Shuk :

Shuk : First of all Ally, kenapa memilih dia dan bukan I ?

Semua yang berada konti radio dan Ally tergelak dengan pertanyaan tersebut.

Fizie : Itu soalan senang nak jawab tu..

Shuk : Kenapa sus4h nak buat pilihan ker ?

Ally : Itu ter4ng lagi bersul0h tu nampaknya..

Shuk : Ok lah., Soalan amnya, kenapa Ally memilih dia sebagai isteri ?

Ally : Kenal hampir setahun dan saya selesa dengan dia. Alhamdulillah.

Shuk : Masa nak propose tu you cakap apa Ally ?

Ally : Saya nak jaga awak boleh ?

Shuib : Uish.. lepas tu dia cakap ?

Haa.. jeng..jeng..jeng.. Kalau nak tahu Ally jawab apa..jom tonton rakaman di bawah ini sampai habis.

” Wahh. Ally Iskandar melamar guna 5 patah perkataan je tau! Tak payah guna ayat-ayat panjang puitis pun. Tahniah Ally Iskandar! “

Ini sahaja komen yang dapat dikongsikan. Ada juga yang turut mendoakan  perkahwinan Ally dan Marina.

” Sebagai wanita sedIh jgklah sebab dia dh xade jodoh dgn exwifenya. “

” Assalam Alhamduulillah. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Barokallah fii umriq. “

” Lima patah prkataan jah wei..haha.. pahni pakat try guna lah bo kali. “

” Shuk ni kelako la . “

Jodoh dan pertemuan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk setiap makhluknya. Bagaimana ianya bermula dan berakhir semuanya adalah takdir ketentuan yang perlu kita lalui dengan penuh keredhaan. Berdoa dan terus berdoalah untuk kebaikan.

Kami di Berita Kopak mendoakan Ally Iskandar dan Marina terus dikurniakan kebahagiaan berumahtangga sebagai suami isteri sehingga ke Jannah Allah. Aminn.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hotfm976 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..